VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 14/06/2012

Awas jerat cinta maya si 'Awang Hitam'

MENDENGARKAN nama 'Awang Hitam' sahaja sudah cukup membuatkan kita berasa gerun apatah lagi terjebak ke dalam permainan 'cinta alam maya' mereka. Inilah perkara yang paling ditakuti oleh wanita di negara ini. Sememangnya perkara begini seringkali dikhabarkan di media-media massa namun masih ramai yang tidak mengambil iktibar daripadanya.

Sikap terlalu mudah percaya menjerumuskan mangsa-mangsa ke dalam kancah penipuan Awang Hitam. Malah, percaya atau tidak, warga-warga Afrika ini sebenarnya dilatih di 'sekolah khas' untuk mendalami ilmu memperdaya mangsa-mangsa mereka sebelum mereka dihantar ke negara-negara tertentu untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral ini.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes seorang ibu tunggal berusia 63 tahun yang kehilangan RM5 juta setelah ditipu sindiket warga Afrika. Akibat angau bercinta kononnya dengan seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenalinya menerusi sebuah laman sosial, wanita itu sanggup menjual harta bendanya dan menyerahkan wang kepada kekasihnya yang sebenarnya menjadi dalang dalam sindiket cinta alam maya tersebut.

Walaupun tidak pernah bertemu sejak berkenalan, mangsa mudah diperdaya dengan hanya melihat foto-foto lelaki kulit putih yang kacak oleh sindiket penipuan terbabit.

Kes sebegini selalunya berlaku kepada wanita tempatan kerana begitu mudah mempercayai orang yang baru dikenali dan ini sekali gus memungkinkan mereka menjadi mangsa. Sasaran mereka adalah ibu-ibu tunggal dan golongan andartu yang kesunyian. Berbekalkan ayat-ayat manis dan romantis, lama- kelamaan hati mangsa mula terpaut. Sikap mesra yang penuh kasih-sayang yang ditunjukkan walaupun hanya dalam dunia maya, namun, bagi mangsa mereka tidak kisah asalkan tahu ada seseorang menyintai diri mereka.

Perkenalan dari alam maya ini membibitkan rasa sayang lantas nombor telefon diminta dengan alasan untuk menguatkan perhubungan tersebut. Mangsa yang mabuk cinta si Awang Hitam ini akan tunduk kepada kata-kata manis warga Afrika tersebut dan memberikan nombor mereka tanpa berfikir panjang.

Malahan, dek kerana terlalu percayakan sang kekasih, ada sesetengah mangsa memberikan nombor akaun bank mereka tanpa perasaan ragu. Setelah itu, sindiket ini akan memulakan taktik mereka dengan memberi pelbagai alasan supaya mangsa percaya dan selanjutnya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu.

Antara alasan yang sering digunakan adalah menawarkan peluang pelaburan di luar negara dengan pulangan berlipat ganda, tidak mempunyai cukup modal untuk menjalankan perniagaan, malah ada yang mengatakan mereka memerlukan wang untuk datang ke negara mangsa bagi bertemu dengan kekasih yang dicintai sejak bertemu di alam maya. Sejurus wang dimasukkan, mereka akan terus lesap tanpa meninggalkan kesan sama sekali.

Kecanggihan teknologi turut menjadi penyumbang kepada masalah yang semakin serius ini. Dengan kewujudan laman sosial bahkan laman sembang dunia maya sangat memungkinkan seseorang itu terjerat ke dalam kes ini. Malahan, kelicikan warga kulit hitam ini juga semakin menjadi-jadi apabila mereka cuba memperdaya mangsa menerusi laman sosial tersebut bagi menjadikan mangsa sebagai 'keldai dadah'.

Kadang-kala di atas desakan hidup, mangsa akan terus bersetuju untuk melakukan tugasan tersebut. Mereka akan dijadikan keldai dadah untuk dihantar ke negara-negara tertentu supaya dadah-dadah tersebut sampai ke destinasinya.

Namun, jika tertangkap, mangsa yang akan menanggung sendiri akibatnya kerana sindiket Awang Hitam akan terus lesap dan tidak mungkin akan bertanggungjawab.

Menurut mangsa keldai dadah yang merupakan seorang wanita beragama Islam, keadaan amat perit apabila berada dalam tahanan negara lain. Malah, mereka juga memberikan makanan tidak halal walaupun mengetahui tahanan beragama Islam. Malah, mangsa turut diajukan dengan pelbagai soalan walaupun hanya meminta kain telekung untuk menunaikan solat.

Walaupun pelbagai amaran bahkan peringatan diberikan, ternyata masih ramai yang belum serik dan tidak mengambil pengajaran daripada kes-kes sebelum ini. Bagi sindiket ini, untuk memastikan misi mereka berjaya , mereka akan terus menakluki alam maya agar lebih ramai dapat direkrut untuk menjadi keldai dadah.

Ini adalah supaya mereka terus di ulit kemewahan tanpa perlu bersusah payah bekerja. Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar bahawa kita juga sebenarnya dalam pemerhatian si Awang Hitam untuk dijadikan keldai dadah.

Kita sebenarnya terdedah kepada bahaya alam siber memandangkan kita sememangnya mengunakan laman sosial untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai. Sehubungan itu, sikap berhati-hati wajar diambil supaya kita tidak menjadi mangsa sindiket ini.

Dalam kes-kes tertentu, si mangsa tidak mengetahui mereka sebenarnya dijadikan keldai dadah. Setibanya masa pemeriksaan di lapangan terbang, mangsa terkejut dan tidak menyangka bahawa dadah telah dimasukkan terlebih awal ke dalam bagasinya.

Ini pastinya menimbulkan ketakutan dan kekeliruan kepada mangsa kerana pada mulanya mereka hanya diminta untuk membawa barang tetapi tidak tahu barang tersebut adalah dadah.

Tuntasnya, kita haruslah berwaspada dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku agar kita tidak menjadi mangsa. Jangan mudah memberikan nombor telefon apalagi nombor akaun bank kepada sesiapa yang tidak dikenali.

Sikap mudah mempercayai orang baru yang dikenali juga perlu dikikis oleh rakyat di negara ini supaya tidak menjadi mangsa sindiket jerat cinta si Awang Hitam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.