VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 30/03/2012

Bekas pemain bola sepak Kelantan maut kemalangan

30/03/2012 7:07pm

KOTA BHARU 30 Mac Bekas pemain bola sepak Kelantan musim 2008, Mohd. Saufi Sa'idi, 24, maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer Empat, Jalan Tebing Tinggi, Gong Kulim, Pasir Puteh malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Mohd. Saufi meninggal dunia di Hospital Tengku Anis selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ketika kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik ketika dalam perjalanan ke Tok Bali, Pasir Puteh.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Anis," katanya ketika dihubungi sini, hari ini. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.