VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 27/03/2012

Gempa bumi kuat gegar Chile

SANTIAGO 26 Mac Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter melanda tengah Chile semalam, menggegarkan bangunan-bangunan dan amaran supaya penduduk meninggalkan pesisir pantai dikeluarkan untuk tempoh beberapa ketika, namun tiada kerosakan serius dilaporkan.

Pegawai kerajaan tempatan di bandar Parral mengesahkan, seorang wanita warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung berikutan gempa tersebut, namun tiada kemalangan atau kematian lain dilaporkan.

Kebanyakan penduduk di ibu negara Santiago meninggalkan kediaman masing-masing selepas gegaran kuat dirasakan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi kuat itu dikesan 27 kilometer di bahagian barat laut Talca, pada kedalaman 35 kilometer pada pukul 7.37 petang waktu tempatan.

Gegaran boleh dirasai sejauh 219 kilometer dari Santiago dan merupakan gegaran paling kuat melanda negara ini selepas bencana gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter melanda Chile pada 2010, menyebabkan 500 terkorban dan merosakkan jalan raya serta infrastruktur lain.

Kerajaan menarik balik amaran meninggalkan kediaman sebagai langkah berjaga-jaga sebelum tengah malam tadi, selepas kira-kira 7,000 penduduk diarahkan meninggalkan kediaman mereka berdekatan persisiran Maule selepas tanda-tanda laut bergelora berkurangan. REUTERS

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.