VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 21/01/2012

Fitnah: Pensyarah mohon maaf kepada CTOS

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pensyarah sebuah universiti tempatan di utara tanah air mengemukakan permohonan maafnya kepada syarikat rujukan kredit, Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) kerana memfitnah syarikat itu tiga tahun lalu.

Permohonan maaf yang dibacakan secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini merupakan sebahagian terma persetujuan penyelesaian kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat tersebut terhadap Abdul Rahim Anuar selaku defendan ketiga.

Defendan ketiga itu juga telah membayar RM15,000 sebagai kos kepada pihak plaintif dan disahkan oleh CTOS.

Sekitar April 2009, syarikat rujukan kredit itu memfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Utusan Melayu (M) Bhd.; defendan kedua, Pengarang Utusan Malaysia, Mohd. Hassan Mohd. Noor dan Abdul Rahim atas dakwaan memfitnahnya dalam satu artikel bertajuk Selepas E-Filing, E-Stamping yang diterbitkan pada 1 Januari 2009.

CTOS selaku plaintif mendakwa artikel yang ditulis oleh pensyarah terbabit dan disiarkan oleh defendan pertama dan kedua mengandungi pernyataan-pernyataan berunsur fitnah yang kononnya syarikat itu pernah didakwa oleh kerajaan di bawah beberapa akta.

Selepas permohonan maaf itu direkodkan oleh Hakim Hue Siew Kheng, peguam Ashok Kandiah yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa kes terhadap Utusan Melayu dan Mohd. Hassan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 9 April ini.

Beliau turut memberitahu akan memaklumkan kedua-dua defendan terbabit bahawa saman di antara anak guamnya dengan defendan ketiga telah diselesaikan.

Pada prosiding hari ini, Abdul Rahim diwakili peguam, Mohd. Shami Khairul Fadlly.

Terdahulu, menurut permohonan maaf yang dibacakan oleh peguamnya, Abdul Rahim yang merupakan seorang Profesor Madya di Universiti Utara Malaysia (UUM), menarik semula segala tohmahan mendakwa syarikat tersebut pernah didakwa mengikut undang-undang dan menyatakan bahawa pernyataan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan palsu.

Beliau yang hadir di mahkamah hari ini turut menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh CTOS.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.