VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 30/12/2011

Tiket Zoo Melaka naik mulai 2 Januari

MELAKA 29 Dis. - Tiket masuk dewasa ke Zoo Melaka akan dinaikkan daripada RM7 kepada RM10 berkuat kuasa Isnin ini.

Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata, harga tiket bagi kanak-kanak bagaimanapun kekal iaitu RM4 atau RM2 bagi yang memakai uniform sekolah.

Manakala harga pakej iaitu pengunjung yang datang dalam kelompok yang ramai, katanya, ia juga dinaikkan daripada RM5 kepada RM8 seorang.

"Kenaikan ini bertujuan menampung kos operasi, penyelenggaraan, makanan dan utiliti yang meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun," katanya selepas Majlis Penyampaian dan Penerimaan Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka 2011 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abd. Rasid Samsudin.

Ahmad Azhar berkata, kenaikan harga tiket itu bagaimanapun masih meletakkan Zoo Melaka sebagai yang termurah berbanding tiket masuk ke mana-mana zoo di seluruh negara.

Pada majlis itu, seramai 52 syarikat dan individu tampil menghulurkan tajaan dan sumbangan yang keseluruhannya bernilai RM132,095.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.