ARKIB : 28/05/2011
Pas jamin kertas undi tidak akan bocor
KUALA LUMPUR 27 Mei - Pas memberi jaminan tidak akan berlaku masalah kertas undi bocor pada pemilihan kali ini, kerana hanya kertas undi yang mempunyai cop rasmi sahaja sah untuk pengundian.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, semua kertas undi tersebut akan dicop dengan cop rasmi misteri bagi memastikan tidak berlaku sebarang penipuan.
"Hanya kertas undi yang ada cop rasmi ini sahaja boleh dipangkah perwakilan dan jika terdapat juga kertas lain, ia tidak akan dikira," katanya sambil menambah inisiatif itu adalah idea Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Pada pemilihan kali ini Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding tetapi perebutan bagi jawatan Timbalan serta Naib Presiden, menyaksikan pertandingan tiga dan enam penjuru.
Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan juga menang tanpa bertanding tetapi jawatan Timbalan Pemuda menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Azman Shapawi Abd. Rani; Mohd. Firdaus Jaafar; Suhaizan Kaiat dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Bagi jawatan Ketua Muslimat pula, penyandang, Nuridah Salleh dicabar Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff.
Sementara itu, Abdul Halim berkata, semua calon yang bertanding perlu mematuhi Fasal 82 Perlembagaan parti dan pada masa yang sama, diharamkan daripada menyampaikan ucapan berbentuk kempen pada muktamar.
"Fasal ini menyebut semua ahli hendaklah taat dan patuh kepada hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar Pas. Taat serta patut kepada perlembagaan parti dan peraturannya. Taat dan patuh kepada arahan dan perintah-perintah parti.
"Setiap ahli juga harus menjaga dengan cermat rahsia parti, mengamal akhlak Islam, mengawal diri daripada menyalahi atau merugikan parti serta menerima Pas sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam di negara ini," katanya.
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
BN terima keputusan Joseph Salang tolak jawatan
Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah
Gerakan bukan 'political salesman' - Kohilan
Jusuf rintis Najib, Anwar damai
SPDP masih ada ruang
Kelantan sambut baik Kabinet
Pas terima hakikat menang, kalah dalam pilihan raya umum
Pas Terengganu ucap tahniah
Pelantikan tiga Ahli Parlimen Terengganu suatu sejarah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









