VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 10/11/2010

Projek Lembah Sireh bermasalah

KOTA BHARU 9 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan akan mengkaji semula perjanjian Projek Lembah Sireh dekat sini yang bermasalah apabila pemaju hanya berjaya melaksanakan 50 peratus projek itu setakat ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga kini hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.

Beliau berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada bayaran yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan pihak pemaju dengan ada beberapa item yang belum dijelaskan kepada kerajaan.

"Oleh kerana projek ini hanya 50 peratus dapat disiapkan, kita anggap ia sebagai projek yang bermasalah dan kerajaan sedang membuat kajian untuk mendapatkan pulangan seperti dijanjikan dengan keluasan 50 peratus tanah yang telah ditimbus semula," katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Adhan Kecik (BN-Bukit Bunga) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menjawab soalan sama ada kerajaan bercadang menamatkan perjanjian dengan pemaju memandangkan pecah kontrak berlaku secara serius dan memakan masa yang lama, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah negeri berkata, ia akan dibincangkan dengan penasihat undang-undang untuk membuat semakan secara terperinci.

"Sebarang tindakan yang diambil hendaklah berasas pada perjanjian dan fakta-fakta yang ada," katanya.

Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang membabitkan kos kira-kira RM2 bilion.

Pembangunan projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar meliputi jajahan Kota Bharu dan Tumpat.

Antara komponen yang akan dimajukan termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina.

Selain itu, ia turut melibatkan pembinaan rumah kedai komersial, pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, kompleks membeli belah antarabangsa, bangunan pejabat, pusat komersial, lingkaran jalan ke semua arah ke bandar Kota Bharu, water front, laluan pejalan kaki dan jeti awam.

Bagaimanapun sehingga kini, antara bangunan yang terdapat di Lembah Sireh adalah pasar raya Tesco, terminal bas dan beberapa blok komersial yang kebanyakannya masih kosong atau dalam pembinaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.