ARKIB : 24/09/2010
CTRM, ATE jalin kerjasama bangunkan sistem pesawat TUDM
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Anak syarikat Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), CTRM System Integration Sdn. Bhd. (CSI) bakal memulakan kerjasama strategik dengan Advanced Technologies and Engineering Co. (Pty) Ltd. (ATE) dari Afrika Selatan bagi membangunkan sistem pesawat dalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan semalam memberitahu, pemilihan ATE oleh CTRM dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dari Afrika Selatan itu dalam membangunkan pelbagai sub sistem pesawat dari seluruh dunia selama ini.
"Program Kerjasama Strategik ini bertujuan mewujudkan keupayaan integrasi pesawat ketenteraan di Malaysia.
"Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan perjanjian ini menyaksikan langkah awal ATE mewujudkan keupayaan integrasi di dalam CTRM, dengan tujuan memodenkan operasi pesawat sedia ada ke satu tahap keupayaan beroperasi yang lebih tinggi," kata kenyataan itu.
Kelmarin, satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara kedua-dua syarikat itu berlangsung di Cape Town, sempena pameran Aeroangkasa dan Pertahanan Afrika (AAD) 2010.
Majlis itu turut disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Udara Afrika Selatan, Leftenan Jeneral Carlo Gagiano.
Kenyataan itu menambah, Malaysia dan Afrika Selatan berupaya menjalinkan kerjasama strategik yang baik dalam bidang ketenteraan memandangkan kedua-duanya menggunakan beberapa pesawat sama dalam angkatan tentera udara masing-masing seperti Hawk dan C-130.
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Perbaiki kelemahan - Rohani
Jangkitan HIV tunjuk peningkatan mendadak
Didik bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









