VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 29/05/2010

Salak Denai percutian keluarga


salah sebuah chalet milik Nurhidayah Yussof di Salak Denai, Yan, Kedah. - UTUSAN/Halim Khalid


YAN 28 Mei - Musim cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi dan pastinya saat ini adalah masa terbaik bagi seisi keluarga berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim

Pelbagai pilihan destinasi percutian ditawarkan di kawasan pantai dan air terjun di negara ini namun bagi mereka yang bertudung tentunya sukar untuk bermandi-manda kerana masalah aurat.

Disebabkan prihatin dengan aurat wanita, seorang pengusaha calet di sini membuka calet dengan setiap satunya mempunyai kolam peribadi untuk kegunaan penyewa sahaja.

Salak Denai Chalet terletak di kaki Gunung Jerai berhampiran pusat peranginan Titi Hayun dan Titi Hampar itu memberi peluang kepada muslimah bertudung untuk berenang di dalam kolam tanpa khuatir tentang masalah aurat.

Pengurus Salak Denai Chalet, Nurhidayah Yussof, 25, berkata, idea untuk membuka chalet itu adalah hasil ilham ayahnya, Yusoof Ali yang prihatin tentang kesukaran wanita Muslim untuk berenang secara terbuka di kawasan peranginan.

"Salak Denai dibuka pada 2007 dan pada mulanya kawasan ini adalah tempat persinggahan keluarga kami untuk bermandi-manda sahaja.

"Namun semuanya berubah apabila kakak sulung saya melangsungkan perkahwinan di sini dan selepas itu banyak permintaan daripada orang ramai untuk berehat di sini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelasnya, ayahnya merupakan seorang yang berpegang kuat pada agama dan di calet tersebut hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan untuk menyewa calet dan berenang di dalam kolam.

"Ayah saya memang melarang keras unsur-unsur maksiat di dalam kawasan calet ini dan bagi muda-mudi yang datang ke sini mereka tidak boleh berkongsi kolam dan calet.

"Biarpun baru sahaja dibuka sambutan yang diterima daripada para pelancong amat menggalakkan dan sepanjang cuti sekolah kesemua calet telah habis ditempah," ujarnya.

Tambah menarik, setiap calet disediakan tempat untuk barbeku kerana aktiviti tersebut merupakan aktiviti kegemaran pengunjung yang datang ke situ.

Selain itu, kata Norhidayah, istimewanya kolam-kolam yang disediakan dari sumber mata air.

"Kami hanya akan mengisi air apabila pengunjung datang ke sini dan akan segera menukar air kolam apabila ada penyewa lain masuk ke calet ini.

"Air tersebut tidak menggunakan klorin dan kolam tersebut hanya sedalam empat kaki," jelasnya.

Katanya, kini mereka mempunyai tiga calet, dua dom dan bakal menambah beberapa buah lagi calet di tanah milik keluarganya yang seluas 1.45 ekar itu.

"Calet ini dibina dengan kudrat ayah saya sendiri dan kami melaburkan modal RM400,000 untuk membina calet-calet ini.

"Segala urusan pembinaan calet ayah saya lakukan sendiri kerana dia mahir dalam seni pertukangan," jelasnya.

Jelasnya, harga calet juga agak berpatutan iaitu bagi dua calet yang kecil iaitu calet Siti Aminah dan calet Siti Fatimah harga yang ditawarkan ialah RM60 bagi setengah hari dan RM80 bagi satu hari satu malam.

Untuk calet Siti Khadijah pula yang lebih luas dan besar harga yang ditawarkan ialah RM150 bagi setengah hari dan untuk satu hari satu malam pengunjung hanya perlu membayar RM220.

"Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai chalet ini mereka boleh melayari blog http://salakdenai.blogspot.com atau hubungi saya di talian 017 6544322," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.