ARKIB : 24/05/2010
Pasukan khas pantau judi bola
PULAU PINANG 23 Mei - Polis akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau kegiatan perjudian bola sepak sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010 yang bakal bermula bulan depan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pasukan itu akan digerakkan bagi membanteras kegiatan tersebut termasuk jenayah lain yang berkaitan.
Menurutnya, pemantauan akan dilakukan terutamanya pada waktu malam, ketika perlawanan berlangsung.
"Selain itu, pasukan tersebut juga akan mengadakan pemeriksaan di lokasi atau premis yang dikenal pasti termasuk laman web tertentu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Tambahnya, pada masa sama, polis juga akan mengenal pasti peminjam wang atau ah long yang mengambil kesempatan menawarkan pinjaman untuk tujuan itu.
Beliau berkata, aktiviti perjudian haram yang melibatkan pinjaman wang dikhuatiri dapat menyumbang kepada peningkatan kegiatan jenayah di negeri ini.
"Orang yang menang tentu boleh bayar hutang mereka tetapi bagi yang kalah pula kita tak mahu mereka menjadi mangsa ah long pula, itu yang kita bimbangkan.
"Justeru, saya menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan judi seumpama itu," ujarnya.
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Ahmad Kamarudin berazam majukan destinasi pelancongan Perak
Mahdzir ajak penduduk perangi wabak denggi
Legasi jambatan kereta api tertua
Exco perlu lipat gandakan usaha
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









