|
KUANTAN 9 Nov. — Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 15.6 Jalan Baru Bentong-Raub dekat Bentong malam tadi.
Mangsa, Ayak Hassan, 48, dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Suharti, 43, dari Banting, Selangor maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt. Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pada 12.05 tengah malam itu, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Raub menuju ke Bentong.
"Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan dipercayai terbabas sebelum merempuh bahagian pintu depan kereta mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|