|
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya jangan mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang layak dan berkarisma untuk menganggotai Kabinet.
Tegas beliau, segala tindakannya bukannya bertujuan untuk menggunakan kuasa semata-mata tetapi demi kepentingan semua pihak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan hanya untuk Melayu sahaja.
Menurut beliau, pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan itu parti berkenaan.
“Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri dan saya buat ini bukan saya nak gunakan kuasa tetapi sebab saya fikir saya adalah Pengerusi BN, saya buat demi kepentingan BN, saya bukan Presiden UMNO sahaja, saya juga Pengerusi BN.
“Saya bukan Perdana Menteri untuk Melayu tapi untuk semua rakyat Malaysia, sebab itulah saya bertindak sedemikian, saya lihat daripada keseluruhannya, saya melihat masa depan negara kita, saya lihat kita telah kena pukul oleh rakyat dengan memberikan peringatan dan isyarat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu,” katanya. - Utusan
IKLAN@UTUSAN
|