|
SIBU, 15 Okt — Sebuah mercun bom sekali lagi dilemparkan ke rumah Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng di Jalan Ipoh di sini malam tadi.
Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menunjukkan dua lelaki yang tidak dikenali melemparkan bahan letupan itu ke pagar rumahnya di mana ia meletup dalam kejadian pukul 7.26 malam.
"Saya sedang membuka pintu apabila ternampak pancaran cahaya api diikuti letupan yang kuat.
"Api yang memancar dilepaskan di merata-rata tempat termasuk di halaman rumah saya. Rumput di tepi longkang juga dijilat api dan terbakar dalam jarak kira-kira tiga meter,” katanya kepada pemberita.
Katanya anggota keluarganya yang berada di rumah pada masa itu semuanya selamat dan tiada harta benda yang rosak walaupun lima anaknya agak gementar.
Ini merupakan kejadian kedua sebuah mercun bom dilemparkan di rumahnya selepas insiden yang sama pada 27 Sept tetapi ia tidak meletup.
- Bernama
IKLAN@UTUSAN
|