ARKIB : 14/09/2009
Peruntukan diseleweng di Dengkil?
SHAH ALAM 13 Sept. - Gerakan Rakyat Antikorupsi (Gerak) mendakwa mempunyai bukti tentang penyelewengan peruntukan yang membabitkan kepimpinan pakatan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil.
Pengerusinya, Mohd. Nazree Mohd. Yunus berkata, bukti itu diperoleh daripada bekas pemimpin kanan sebuah parti yang mendapati wujud keraguan dalam tuntutan wakil parti itu di kawasan berkenaan dengan jumlah keseluruhannya mencecah RM375,000.
DUN Dengkil dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu tetapi kerana Selangor ditadbir oleh kerajaan campuran, DUN itu menjadi kawasan angkat kepada Exco Kerajaan Negeri, Yaakop Sapari.
Mohd. Nazree mendakwa, dokumen berkaitan urusan di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sepang itu antara lain membuktikan wakil parti terbabit telah membuat 18 tuntutan meragukan berjumlah RM130,000 bagi membolehkan peruntukan berkenaan dikeluarkan untuk tujuan tertentu.
Katanya, wujud juga tuntutan palsu iaitu tiada program diadakan walaupun peruntukan diterima untuk tujuan tersebut selain memalsukan tandatangan bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran peruntukan DUN Dengkil.
''Dokumen tersebut diserahkan kepada Gerak kerana bekas pemimpin kanan parti itu pernah mengemukakan aduan mengenai dakwaan tuntutan palsu terbabit kepada kepimpinan parti sebelum ini.
''Tetapi tiada tindakan diambil sehingga ia dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 5 Ogos lalu dan laporan polis pada hari berikutnya," jelas beliau ketika dihubungi baru-baru ini.
Mohd. Nazree mahu dakwaan itu disiasat dan sekiranya wujud unsur-unsur penyelewengan dalam tuntutan tersebut maka tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat.
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Perbaiki kelemahan - Rohani
Jangkitan HIV tunjuk peningkatan mendadak
Didik bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









