ARKIB : 29/08/2009
200 penduduk bantah bina kuil
SHAH ALAM 28 Ogos - Kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 di sini dan beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) hari ini berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan itu.
Perarakan itu merupakan simbolik kepada usaha penduduk di kawasan tersebut mempertahankan pendirian mereka.
Kumpulan itu mula berkumpul di Masjid Negeri selepas selesai solat Jumaat. Mereka kemudian berarak kira-kira 500 meter menuju ke bangunan SUK sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.
Selepas beberapa pemimpin kumpulan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, kumpulan tersebut bersurai secara aman kira-kira 3 pukul petang.
Ini berikutan sepasukan pegawai dan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran yang turut berada di situ.
Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf berkata, perarakan tersebut bertujuan menggesa kerajaan negeri membatalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkannya ke Seksyen 22 di sini yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.
Beliau berkata, kenyataan kerajaan negeri untuk menganjakkan lokasi pembinaan kuil 300 meter ke dalam juga tidak dapat diterima oleh para penduduk dan mereka menganggapnya sebagai taktik untuk memperbodoh-bodohkan rakyat.
"Mana ada kawasan 300 meter lagi di situ, kalau mereka nak anjak juga terpaksalah robohkan kilang di belakang tanah itu.
"Jangan cuba menipu dan memperbodohkan kami kerana kami tahu itu cuma taktik kotor kerajaan negeri yang menyangka kami ini tidak tahu apa-apa," kata beliau ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk bangunan SUK di sini.
Jelas beliau, bantahan dan perarakan yang dibuat hari ini juga tidak didalangi oleh mana-mana parti politik kerana ia adalah tanda bantahan penduduk Seksyen 23 sendiri yang terdiri daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Tambah beliau, mereka yang datang mewakili NGO atau parti politik adalah kerana menyokong perjuangan penduduk Seksyen 23.
Sementara itu, Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Zurit Ramli mendesak wakil rakyat terlibat dan Menteri Besar agar segera bertemu dengan penduduk Seksyen 23 untuk menjernihkan keadaan yang semakin tegang.
Beliau berkata, wakil rakyat tidak sepatutnya hanya bercakap melalui akhbar dan tidak langsung mendengar keluhan penduduk di bawah pentadbiran mereka.
"Perkara ini perlu diselesaikan segera agar tidak menjadi besar dan akhirnya menyusahkan rakyat dan kerajaan negeri," katanya.
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Kalimullah diberi seminggu
Kontroversi patut buka mata AirAsia
Boikot produk syarikat demi kesejahteraan negara
Gabung pertahan Utusan Malaysia perjuang hak bumiputera
Kagum semangat kental Siti Hanisah
Gembira anak tawan puncak Everest
Longgarkan syarat visa tarik pelajar
Kazakhstan hasrat miliki agensi seperti Tabung Haji
Perjuangan Islam, Melayu perlu diorganisasi
Palanivel bertemu PM bincang kebajikan masyarakat India
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tingkatkan kerohanian belia
200,000 dijangka meriahkan Fiesta Utusan
Golongan muda perlu rujuk al-Quran, As-Sunnah
Perketat kahwin bawah umur
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









