ARKIB : 17/08/2009
Pesawat terhempas, juruterbang maut
![]() |
|
Bangkai pesawat yang terhempas di kawasan belukar di tepi Lapangan Terbang Tekah di Taiping, semalam. - Gambar NUR RASHID RASLAN |
TAIPING 16 Ogos - Seorang juruterbang warga asing maut apabila pesawat yang dipandunya tiba-tiba menjunam dan meletup lalu terbakar di Lapangan Terbang Tekah iaitu merupakan lapangan terbang tertua negara, di sini hari ini.
Juruterbang pesawat prototaip jet pasang siap dikenali sebagai 'Jet Pod' tersebut, Michael Robert Dacre, 53, berasal dari United Kingdom.
Difahamkan mangsa berkhidmat dengan Avcen Limited Malaysia, sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Taman Teknologi Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sementara itu, seorang pesara tentera yang merupakan saksi kejadian berkata, dia hanya berada kira-kira 50 meter dari tempat pesawat tersebut terjunam sebelum meletup dan terbakar.
Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, Halim Hamid, 50, sedang mencari anak udang di sebuah lombong berdekatan lapangan terbang, tempat berlaku nahas tersebut.
"Kami sudah maklum bahawa pesawat yang dipasang di bengkel di pinggir lapangan terbang sejak seminggu lalu akan diuji hari ini dan sebelum kemalangan tersebut, saya lihat tiga kali pesawat itu bergerak di atas landasan tetapi gagal naik ke udara.
"Kemudian saya lihat tiga lagi percubaan dilakukan dan gagal juga. Bagaimanapun, pesawat itu melonjak naik pada kali keempat diuji dan apabila kira-kira 200 meter di udara, ia kemudian membelok ke kiri dan terus menjunam tidak jauh dari kedudukan saya," katanya.
Beliau berkata, anggota pasukan bomba dan penyelamat yang tiba tidak berapa lama selepas itu terus memadamkan kebakaran.
"Ini suatu kejadian ngeri yang tidak dapat saya lupakan. Saya nampak juruterbang itu putus tangan dan kakinya di dalam kokpit pesawat," katanya.
Halim memberitahu, dia difahamkan pesawat itu dipasang sejak seminggu lalu setelah ia dibawa dengan sebuah kontena dari Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supritendan Syed A. Wahab Syed A. Majid berkata, siasatan awal mendapati pihak syarikat penerbangan itu tidak memohon kebenaran daripada pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk melakukan penerbangan.
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










