ARKIB : 28/07/2009
Tidak wajar guna dana Baitulmal
KUALA LUMPUR 27 Julai - Pengagihan dana Baitulmal Selangor perlu mengutamakan umat Islam di negeri itu terlebih dahulu kerana mereka yang sebenarnya masih jauh ketinggalan dan tercicir berbanding penganut agama lain.
Sehubungan itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Selangor mahu menggunakan dana Baitulmal untuk menampung kos pentadbiran negeri kerana kemaslahatan umat Islam amat perlu diutamakan.
Presidennya, Mohd. Isa Abd. Ralip berkata, langkah itu perlu diambil kerana sumber Baitulmal datang daripada sumbangan umat Islam yang menunaikan kewajipan berzakat mereka.
Lagi pula, katanya, wang zakat juga hanya boleh diagihkan untuk kegunaan lapan golongan asnaf yang hanya terdiri dalam kalangan umat Islam dan bukannya penganut agama lain.
''Masih terlalu banyak daripada aspek golongan asnaf ini yang ketinggalan dan tercicir yang perlu diberikan keutamaan sebelum wang dana tersebut disalur untuk kegunaan lain atau lebih tepat bagi menampung kos pentadbiran negeri.
''Sepatutnya jika mahu digunakan untuk tujuan selain asnaf itu, kerajaan negeri perlu mencari sumber pendapatan lain yang dipercayai masih banyak dan terbentang luas di luar sana,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini memberitahu, penggunaan wang dana Baitulmal itu akan membolehkan kerajaan negeri membiayai projek lain termasuk kos membina infrastruktur seperti jambatan baru.
Katanya, langkah itu ditimbulkan kerana kerajaan negeri ketika ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM300 juta hingga RM500 juta setahun.
Bagaimanapun, jelas beliau, perancangan itu akan dikemukakan kepada Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman kecewa dengan sikap kerajaan Selangor yang mengambil jalan mudah untuk terus menggunakan dana Baitulmal.
Katanya, tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan negeri gagal mentadbir dengan baik kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah meninggalkan dana kerajaan yang agak besar bersesuaian dengan statusnya sebagai sebuah negeri maju.
''Ke mana pergi semua duit ini, adakah ia bocor atau tiris di tengah jalan atau kerajaan Selangor sekarang telah gagal menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin tetapi cuba menutup kelemahan mereka dengan mengambil dana Baitulmal.
''Mereka sepatutnya kena berhati-hati dengan wang rakyat sama ada dana Baitulmal atau yang telah ditinggalkan BN sebelum ini. Jika guna dana Baitulmal, ia seolah-olah mengkhianati umat Islam kerana orang bukan Islam pun tidak pernah menghulurkan duit untuk kegunaan kita,'' ujarnya.
Maamor berkata, walaupun pengambilan dana zakat dan Baitulmal dibolehkan dalam Islam berdasarkan pada keadaan darurat atau mendesak, beliau yakin kerajaan Selangor pada masa ini masih belum sampai pada keadaan darurat itu.
Dalam pada itu, bekas Pengarah Institut Kajian Zakat (IKaZ), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Profesor Madya Musa Ahmad berkata, al-Quran secara mutlaknya telah menjelaskan mengenai lapan asnaf yang layak menerima zakat.
Katanya, dana zakat yang terkumpul perlu diagihkan kepada lapan asnaf yang berhak iaitu golongan fakir, miskin, amil, mualaf, memerdekakan hamba, orang yang berhutang, berjuang di jalan Allah SWT dan musafir yang bukan bertujuan untuk maksiat.
Bagaimanapun, katanya, dana Baitulmal tidak sepenuhnya diperoleh hasil daripada pembayaran zakat kerana ia turut mengandungi kutipan harta daripada sumber lain yang tertakluk pada enakmen kerajaan negeri seperti pembayaran kompaun mahkamah syariah.
Katanya, semua hasil tersebut disatukan dan diurus tadbir oleh kerajaan negeri yang bertanggungjawab sebagai pemegang amanah harta umat Islam di negeri terbabit.
''Bergantung pada kerajaan negeri untuk menggunakannya tetapi ia masih tertakluk kepada majlis fatwa negeri yang akan memutuskan pengagihan yang sepatutnya wang dana tersebut kerana ia adalah wang rakyat dan bukannya kerajaan negeri atau mufti.
''Jika kerajaan negeri masih ingin menggunakan dana itu, mereka wajib memastikan semua perbelanjaan itu tidak langsung menyentuh bahagian dana zakat yang hanya boleh diagihkan kepada asnaf lapan sahaja,'' kata pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi UiTM Melaka itu.
Paul Low letak jawatan Presiden Transparency International Malaysia
Tangani ajaran sesat tanpa kompromi
Penahanan di bawah Akta Hasutan bukan tindakan keras - Bekas KPN
200,000 dijangka meriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
Trafik arah utara bergerak perlahan
NextGen e-Perolehan dijangka diguna 2015 - Timbalan Menteri
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









