ARKIB : 09/06/2009
Perak wujudkan pusat SSO global
IPOH 8 Jun - KPerak Inc. (KPerak), anak syarikat kerajaan negeri Perak dengan kerjasama rakan kongsinya, Walter Rhodes Sdn. Bhd. (Walter Rhodes) melancarkan Pusat Perkhidmatan dan Penyumberan Luar Berkongsi (SSO) Global, sekali gus menandakan permulaan usaha intensif bagi mempromosikan Perak sebagai destinasi SSO di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Datuk Yaacob Nordin berkata, Pusat SSO Global KPerak-Walter Rhodes itu akan dikendalikan oleh sebuah entiti usaha sama iaitu Walter Rhodes BPO Solutions Sdn. Bhd. (Walter Rhodes BPO) yang 70 peratusnya dipegang oleh Walter Rhodes dan bakinya oleh KPerak.
Menurut beliau, pusat tersebut berpangkalan di Pusat Dagangan Tekno Perak, di sini dan telah memulakan kempen pemasaran SSO mereka.
Katanya, sempena pelancaran pusat tersebut baru-baru ini, Walter Rhodes BPO Solutions telah melantik dua kerajaan tempatan dari China iaitu Suzhou Xiangcheng dan Kunshan Huaqiao di samping Hanelcom, sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik kerajaan Vietnam sebagai rakan kongsi dalam Rangkaian SSO Global.
Beliau berkata, organisasi-organisasi berkenaan akan membantu Walter Rhodes BPO Solutions membina pusat-pusat SSO baru di negara masing-masing selain membantu pergerakan syarikat Malaysia ke dalam pasaran China dan Vietnam.
''Selain menawarkan sokongan kepada syarikat-syarikat untuk mewujudkan operasi SSO, Walter Rhodes BPO Solutions juga membina rangkaian pusat SSO di pelbagai negara dalam usaha membina peserta SSO dalam komuniti antarabangsa, terutama syarikat bersaiz kecil dan sederhana,'' ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pelancarannya telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan disaksikan oleh Exco Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid, dan Pengerusi Walter Rhodes BPO Solutions Sdn. Bhd., Dr. Darren Ng.
Yaacob berkata, pengwujudan rangkaian hab SSO di pelbagai negara akan memberikan kelebihan daya saing kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk berkembang ke luar negara.
"Kemudahan dan pekerja mahir kami yang berpusat di pelbagai pusat SSO di Perak, Suzhou, Huaqiao dan Hanoi memiliki perwatakan ideal bagi menjana pulangan pelaburan yang tinggi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di sana.
"Dengan sokongan oleh kerajaan tempatan di negara-negara berkenaan, pusat SSO global KPerak-Walter Rhodes akan membantu syarikat menurunkan kos melakukan perniagaan mereka dan pada masa sama mengoptimumkan pengeluaran dan pemasaran dalam industri,'' katanya.
Selain itu ujarnya, kebanyakan pusat SSO mereka terletak di negara-negara yang menawarkan nilai paling berdaya saing di dunia bagi pekerja ICT.
Di samping membantu perluasan perniagaan tempatan ke pasaran baru di luar negara, pusat SSO global KPerak-Walter Rhodes akan berperanan dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing ke Perak.
Sementara itu, Dr. Ng berkata, syarikat asing akan menjadikan Perak sebagai sebuah destinasi menarik untuk pelaburan SSO kerana kerajaan negeri menawarkan pelbagai faedah kewangan dan insentif untuk kegiatan berkaitan IT.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









