Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 29/03/2009
Cadangan guru berpolitik terima pelbagai reaksi

Cadangan guru berpolitik terima pelbagai reaksi

29/03/2009 8:37pm

KUALA LUMPUR 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.

Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang berpolitik kepada guru.

“Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung.

“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko yang bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan yang jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan.

Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan.

“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.

“Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama.

Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak.

“Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.

“Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau meminta rancangan itu diperhalusi dan dibincangkan ke peringkat akar umbi kerana ia bukan isu remeh.

Semasa menggulung perbahasan mengenai isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Hishammuddin mencadangkan guru kumpulan A diberi kelonggaran untuk berpolitik.

— BERNAMA

Add to Google  
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Wanita maut kereta rempuh treler di tepi lebuh raya
• Permohonan qazaf Anwar: Jamil Khir fail bantahan awal
• 6 lelaki baar sekolah setelah gagal curi komputer riba
• Anggota polis bebas 4 tuduhan rasuah enam tahun lalu
• Tiga pelajar sekolah menengah ditahan menyamun
• Wanita mati dalam kebakaran rumah flat di Seremban 2
• Untung separuh pertama Maybank naik kepada RM2.6b
• PAC bincang rasional Prasarana beli bas terpakai RM93j
• Kes penyakit kronik meningkat 10 peratus sejak 14 tahun
• Akta pengajian tinggi negara sedang digubal – Khaled
• Kes pelajar dakwa dipukul guru kerana minyak wangi selesai
• Jadikan kes di Pulau Sebangkat sebagai amaran
• Tumpukan kepada pembangunan Perak - PM
• Edar, milik dadah: Janda muda dihadap ke mahkamah
• Sindiket pelaburan emas: 60 individu dakwa rugi RM25j
• Ambil tindakan pemilik letak kenderaan di bahu jalan
• Lebih 50% belia ikuti program perantis dapat kerja
• Kes liwat Anwar: Saiful Bukhari terima ugutan bunuh
• Zambry berazam meneruskan tugas demi rakyat Perak
• Mulai minggu depan, tambang separuh harga bagi warga emas
• Dr. Mahathir gembira, senang hati kepimpinan Najib
• Tipu orang awam: Ketua PKPM, 2 rakan dihukum penjara
• Permohonan Anwar agar hakim tarik diri didengar esok
• Keputusan mahkamah sesuatu di luar jangkaan - Nizar
• Pelantikan Zambry oleh Sultan Azlan ikut Perlembagaan
• Najib pengerusi Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri Ke-108
• Gempa bumi gegar selatan Mexico
• Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah
• Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh lagi
• Penyokong Nizar buat solat hajat di hadapan mahkamah
• Suasana di hadapan mahkamah kecoh
• Nizar tiba di Istana Kehakiman
• 500 penyokong BN berbaju kuning banjiri Istana Kehakiman
• Polis Pakistan tahan 6 pengebom berani mati
• Tentera Sri Lanka Tahan Fonseka
• 7 mati bas dan SUV berlanggar di China
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN