Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KAMPUS

ARKIB : 16/03/2009
2,000 pelajar KTIM sertai perarakan Maulidur Rasul

2,000 pelajar KTIM sertai perarakan Maulidur Rasul


sebahagian 2,000 pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Kuala Sungai Baru, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 15 Mac _ Kira-kira 2,000 pelajar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIM) menyertai perarakan dan perhimpunan sempena sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.

Perarakan yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Ismail Othman turut disertai oleh Pendaftar KTIM, Dr. Baharudin Puteh, kakitangan dan pensyarah kolej berkenaan.

Para peserta berarak sejauh satu kilometer dari Stadium KTIM dan berakhir di Pusat Perkembangan Pelajar.

Sebanyak tujuh kontinjen mewakili fakulti, jabatan dan unit menyertai perarakan tersebut yang bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Perarakan tersebut turut menyaksikan paparan pelbagai sepanduk yang memperlihatkan keazaman untuk menjadi ummah yang bersatu-padu.

Tema sambutan Maulidur Rasul di KTIM tahun ini ialah 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah.'

Terdahulu, Ismail dalam ucapannya berkata, tema tahun ini mengajak dan menuntut umat Islam bersatu seterusnya menjadi ummah yang lebih baik.

''Islam amat memusuhi umatnya yang berpecah-belah terutamanya dalam soal pembinaan dan penyatuan ummah,'' tegasnya.

Sementara itu, Baharudin berkata, sambutan dan perarakan itu diadakan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan mengagungkan kebesaran baginda.

''Ia juga dapat menyatupadukan perpaduan dan ukhwah di kalangan warga KTIM terutamanya siswa siswi dengan pengurusan dan pensyarah," katanya.

Selain perarakan, pertandingan membuat sepanduk di kalangan enam fakulti yang menyertai perarakan itu juga telah diadakan yang dimenangi Fakulti Pengajian Islam.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN