VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 26/02/2009

Pearl Haya makin popular


TUDUNG Pearl Haya, kelihatan lebih selesa dan cantik dipakai oleh kanak-kanak dengan corak kontemporari dan penuh bergaya. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN


SEREMBAN 25 Feb. - Hari ini pemakaian tudung bagi wanita bukan sekadar menutup aurat semata-mata tetapi keserasian terhadap individu yang memakainya.

Sehubungan itu, pelbagai nama selebriti negara dikaitkan dengan rekaan tudung yang lebih elegan supaya mereka yang memakainya kelihatan bergaya, cantik dan lebih penting menonjolkan imej wanita profesional.

Penghasilan tudung hari ini bukan lagi satu industri aksesori wanita yang konvensional tetapi mengikut modenisasi dan perubahan dimensi kepada lebih keterampilan.

Bercirikan itulah, Pearl Haya - jenama tudung eksklusif yang diusaha bersama Zetty Rosli, 33; Suriyati Daman, 33 dan Nor Azlin Abdul Jalil, 39, ingin menjadikan pemakai tudung lebih glamor dengan corak kontemporari dan penuh gaya.

Menurut Zetty, idea memperkenalkan jenama Pearl Haya yang berada di pasaran sejak setahun lalu tercetus selepas ia mendapat sokongan rakan dan saudara.

"Dahulu untuk mendapatkan tudung yang serasi begitu sukar. Kalau ada pun ia tidak menarik. Jadi kami mereka bentuk tudung, menjahit serta melakukan beberapa perubahan.

''Akhirnya selepas satu demi satu disiapkan, kami memakainya dan selepas dipertontonkan kepada rakan dan saudara, mereka tertarik dan mula bertanya di mana kami mendapatkan tudung ini.

''Melihatkan perkembangan itu, kami percaya industri tudung kontemporari ini mula mendapat perhatian khususnya mereka yang muda. Jadi kami merancang untuk memasarkannya serta memperkenalkan ia sebagai Pearl Haya," katanya di sini semalam.

Tambah Zetty, tudung Pearl Haya direka dengan mengambil kira penjimatan masa pemakaian, ringkas, praktikal, kemas, berkualiti, selesa dan sudah tentulah kelihatan cantik.

''Kami menggunakan fabrik berkualiti sesuai dengan penggunaan dalam negara ini seperti kain kapas, linen dan sutera," jelasnya.

Sementara itu, rakannya, Suriyati memberitahu, dalam mereka bentuk tudung ini ia juga melihat aspek pengukuhan di bahagian atas dengan menempatkan kerangka 'awning' yang lebih serasi sebagai teduhan tudung.

''Jika semua tudung kelihatan sama, tentulah ia tidak eksklusif. Wanita hari ini mahu kelihatan anggun, walaupun menggunakan tudung," katanya.

Kata Suriyati, apa sahaja ciptaan tudung termasuk rekaan fabrik akan mengambil kira individu yang memakainya termasuklah pada usia semuda kanak-kanak sehinggalah kepada wanita berusia dan veteran.

''Barangkali tudung seperti ini belum lagi mendapat perhatian ramai terutama di kalangan generasi muda, tambahan pula gayanya dilihat lebih sesuai untuk wanita berusia.

''Namun kini sesiapa saja boleh menggayakan Pearl Haya kerana ia direka untuk semua generasi daripada kanak-kanak sehingga golongan berusia dan daripada suri rumah mahupun orang korporat," katanya.

Tambahnya, tudung tersebut boleh digayakan ke mana saja daripada majlis keraian, kenduri mahupun bersantai atau bersenam di gimnasium.

"Misi utama di sebalik Pearl Haya adalah untuk memastikan seseorang wanita itu walaupun bertudung boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuk bersenam di gimnasium atau berjogging di taman iaitu suatu aktiviti yang menyihatkan.

"Kami juga mempunyai rekaan yang sangat eksklusif untuk digayakan ke majlis-majlis kerana Pearl Haya didatangkan dalam unit yang terhad dan kebarangkalian untuk anda bertembung dengan mereka yang menggenakan tudung yang sama adalah sangat rendah," tambahnya.

Kata Nor Azlin, walaupun usia Pearl Haya masih 'muda', permintaan ke atas tudung tersebut agak menggalakkan terutama ketika mereka memasarkannya secara online di www.pearlhaya.com.

Perniagaan yang dimiliki 100 peratus bumiputera ini akan dikembangkan ke kawasan Asia Barat kerana minat terhadap tudung kontemporari ini lebih terbuka luas.

"Pearl Haya sentiasa meraih perhatian selagi rekaan menarik terus diperkenalkan," katanya.

Selain itu, kata beliau, mereka juga berhasrat untuk mempopularkan Pearl Haya sebagai pakaian seragam syarikat korporat mahupun persatuan.

''Selain menjual tudung, kami juga mengambil tempahan secara individu mahupun melalui syarikat yang ingin menyesuaikan tudung dengan pakaian korporat mereka.

''Tempahan tersebut akan menggunakan warna tema atau logo syarikat masing-masing," katanya.

Bukan itu saja, katanya, setiap pembelian tudung Pearl Haya didatangkan dengan kotak eksklusif yang menjadikan ia ideal sebagai hadiah atau cenderamata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.