VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 22/09/2008

Makanan anjing: Bekas tahanan ISA sangkal Teresa Kok

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kononnya makanan yang diberikan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama seperti makanan anjing adalah merupakan dakwaan yang tidak benar dan keterlaluan.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (gambar) yang pernah merasai pengalaman ditahan di bawah ISA pada 1987 berkata, kenyataan Teresa itu lebih kepada cerita rekaan yang bermotifkan politik.

''Jangan isu makanan untuk tahanan ISA hendak dipolitikkan. Apakah dia mahu dilayan seperti pelancong semasa ditahan dan makan makanan laut?'' soalnya.

Beliau berkata, Teresa perlu sedar bahawa apabila dia ditahan di bawah ISA, layanan yang diberikan pastilah layanan terhadap tahanan.

Oleh itu, tegasnya, sesuai dengan status semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kinrara itu ditahan, pastinya makanan yang dihidangkan adalah makanan untuk tahanan.

''Sedangkan semasa saya ditahan selama dua bulan iaitu satu tempoh penahanan yang lebih lama berbanding dengan tempoh penahanan ke atas Teresa iaitu seminggu sahaja, tak ada pun aduan tentang makanan'' ujarnya.

Beliau memberitahu, untuk tahanan ISA mereka diberi makanan seperti nasi berlaukkan ikan (tanpa tulang) ayam (tanpa tulang), daging dan sayur-sayuran.

Tajuddin berkata, walaupun telah dibebaskan, Teresa suka menimbulkan kenyataan yang membawa kepada perasaan sakit hati dan boleh mencetuskan pergaduhan.

Sementara itu, seorang lagi yang pernah ditahan di bawah ISA, Dr. Chandra Muzaffar ketika dihubungi berkata, pengalamannya ketika ditahan di bawah ISA selama 52 hari berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh Teresa.

''Bagi saya makanan yang diberi kepada tahanan ISA adalah makanan biasa seperti di rumah,'' katanya yang tidak menyentuh makanan berdaging.

Beliau berkata, makanan seperti sajian anjing untuk tahanan ISA merupakan kali pertama didengarnya dan itu adalah dakwaan yang tidak benar.

''Adalah tidak benar makanan yang diberikan kepada tahanan ISA disamakan seperti makanan haiwan (anjing),'' katanya.

Wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew Daily, Tan Hoon Cheng yang ditahan di bawah ISA berkata, dia tidak menjamah makanan di dalam lokap.

''Masa saya ditahan, polis bertanya adakah saya mahu makan malam kerana makanan saya dibeli di luar dan saya tidak makan makanan yang disediakan dalam lokap,'' katanya.

Dia berkata, makanan yang dimakannya selepas pukul 12 tengah malam ialah roti bakar dan Milo panas.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.