|
ARKIB : 22/09/2008 MySafebox rancang buka 100 pusat peti simpananKUALA LUMPUR 21 Sept. - MySafebox Sdn. Bhd. merancang untuk membuka 100 pusat perkhidmatan peti simpanan deposit (SDB) di seluruh negara dalam tempoh lima tahun. Pengarahnya, William Tan berkata, sebagai permulaan kepada rancangan itu, syarikat merancang menubuhkan tiga pusat yang sama di Lembah Klang dalam tempoh 12 bulan akan datang ''Pusat SDB pertama di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, Serdang, telah memulakan operasi semalam,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dengan tidak mengehadkan operasi mengikut waktu pejabat, pusat SDB beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tahun, katanya. "Pusat ini adalah yang pertama seumpamanya dalam negara ini. Para pelanggan boleh datang dan membuka peti simpanan deposit mereka sama ada untuk mengambil barangan atau untuk menyimpannya pada sebarang masa pada siang hari atau pada malamnya di sepanjang tahun," jelas beliau. Tan berkata, perkhidmatan SDB syarikat dijangka mendapat sambutan kerana ia menawarkan ciri-ciri keselamatan terkini. "Selain mempunyai kakitangan keselamatan bersenjata terlatih, bangunan itu (di Serdang) mempunyai lebih daripada 40 kamera televisyen litar tertutup yang menyalurkan imej kepada sistem pengawasan berpusat. "Pembinaan bilik kebalnya adalah cukup teguh dengan dinding setebal 13 inci yang kukuh menggunakan bahan bertetulang khusus seperti plat semak, palang dan konkrit dinding yang kukuh," katanya. Menurut Tan, MySafebox merancang untuk menggunakan premisnya sebagai hab mesin juruwang automatik bagi bank untuk memanfaatkan ciri-ciri keselamatan yang sudah tersedia di pusat berkenaan.
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|