VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 11/09/2008

Ahmad digantung hak


SAYA TERIMA KEPUTUSAN... Aksi Ahmad Ismail pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum, digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun.

Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini iaitu selaras dengan fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

“Di dalam mesyuarat hari ini, semua ahli MT telah memberi pandangan mereka. Mereka berpendapat, kenyataan serta tindakan Datuk Ahmad yang telah menimbulkan keresahan, kemarahan dan bantahan daripada parti komponen Barisan Nasional adalah sesuatu yang serius.

“Oleh itu, MT telah membuat keputusan untuk menggantung hak-haknya dalam parti selama 3 tahun mengikut fasal 20.9 Perlembagaan parti,’’ katanya.

Beliau mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Keputusan itu adalah rentetan daripada polemik yang dicetuskan oleh Ahmad apabila didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu.

Ahmad didakwa menyatakan bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA, yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Perdana Menteri berkata, pada mesyuarat hari ini, MT turut membuat satu lagi keputusan penting iaitu semua parti komponen BN dikehendaki mengenakan tindakan paling tegas terhadap ahli-ahli mereka yang terbukti melakukan perkara serupa.

“MT mahu semua parti komponen BN bertindak tegas iaitu dengan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli parti yang bertindak atau membuat kenyataan yang boleh menjejaskan perhubungan antara parti-parti di dalam BN,” katanya lagi.

Berhubung hak Ahmad untuk merayu selepas dijatuhkan hukuman oleh MT, beliau berkata, pihak yang dikenakan hukuman berhak untuk membuat rayuan.

“Semua orang ada hak untuk merayu (selepas dikenakan hukuman),” katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai bentuk tindakan ke atas akhbar yang sengaja menggembar-gembur polemik tersebut, Abdullah berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa kerana ia di luar bidang kuasa parti.

Sementara itu, Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO menyebut, mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman antaranya diberi amaran; digantung hak-haknya dalam parti atau dipecat.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.