|
ARKIB : 09/09/2008 Puasa dan penjagaan masaBERSEMPENA Ramadan al-Mubarak ini, marilah sama-sama kita menghayati falsafah puasa yang antara lain mendidik jiwa supaya mencapai ketaqwaan. Seperti mana kata Saidina Ali: “Takwa ialah takut kepada Yang Maha Berkuasa, beramal dengan apa yang diturunkan oleh al-Quran, reda dengan sedikit kurniaan dan bersiap sedia menghadapi hari akhirat”. Puasa pada bahasa dengan maksud menahan dan pada istilahnya pula bermaksud menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar menyinsing hingga terbenamnya matahari. Jelas terbukti ibadat puasa mengingatkan manusia kepada waktu. Ini dapat digambarkan melalui aplikasi-aplikasi ibadatnya. Secara ringkasnya seperti berikut : - Melihat anak bulan sama ada Ramadan atau Syawal. Pendek kata dengan kedatangan bulan Ramadan, waktu amat dihargai oleh orang Islam kerana detik-detik yang dilaluinya ketika berpuasa ingin dicapai kepada suatu natijah iaitu berbuka. Begitu juga mereka akan menekuni dan membilang hari-hari Ramadan untuk menuju ke bulan Syawal. Sebagai kegemilangan dan kejayaan dalam menjalankan perintah Allah SWT. Di sini penulis mahu menekankan betapa pentingnya seseorang Islam menjaga masa kerana seperti mana kata Imam al-Banna: “Masa adalah kehidupan”. Keuntungan, kejayaan atau kegagalan dan kerugian berkait rapat dalam pengurusan masa. Begitu juga, memaksimumkan penggunaannya untuk menghasilkan produktiviti melalui anugerah modal insan. Mereka yang layak berjaya seterusnya mengungguli kejayaan dengan cemerlang berdasarkan kepada bagaimana mereka menggunakan setiap detik-detik yang bergerak. Nafas-nafas yang dihembuskan serta nadi-nadi yang berdenyut untuk mentaati Allah SWT sama ada secara langsung atau tidak. Justeru apabila kita melihat golongan yang dipanggil al-Faizin iaitu golongan yang berjaya, maka sudah pasti kita dapati mereka berjaya dalam menguruskan kehidupannya walaupun mempunyai ruang masa yang sedikit atau sama seperti orang lain. Sebagai contoh untuk membakar semangat supaya kita meningkatkan amal dinyatakan di sini: - Al-A’masyh tidak pernah terlambat takbirratul ihram selama 60 tahun bersama imam iaitu solat berjemaah. Akhirnya marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dengan memikirkan persoalan ini berkenaan dengan waktu yang berbaki khususnya mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak ini. - Berapa juzuk atau helai sehari kita membaca al-Quran? Sebenarnya terlalu banyak yang perlu kita lakukan dan muhasabah diri. Benarlah kata al-Syahid Imam al-Banna: “Kewajipan-kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita miliki.” Justeru kaedah dan keutamaan serta awlawiyat hendaklah dijadilkan manhaj dalam kehidupan ini. Semoga kita menjadi golongan yang memanfaatkan waktu lebih-lebih lagi dengan kunjungan Ramadan ini. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|