Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 18/08/2008
Rang undang-undang DNA tiada kaitan dengan Permatang Pauh

Rang undang-undang DNA tiada kaitan dengan Permatang Pauh

18/08/2008 11:04pm

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini membidas pembangkang yang mengaitkan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Parlimen mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau turut menafikan dakwaan mereka bahawa akta itu mempunyai konspirasi politik.

“Apa-apa yang kita buatpun dia (pembangkang) dakwa ada kaitan dengan pilihan raya dan ada konspirasi politik itu. Itu adalah perkara biasa tetapi sebenarnya akta ini dah lama disediakan cuma belum dibentangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Sama Gagah, di sini.

Rang Undang-undang DNA itu dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini dan dijangka diluluskan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Najib berkata demikian ketika mengulas tindakan pembangkang yang mendakwa pembentangan rang undang-undang itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pada pilihan raya itu, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pilihan raya itu diadakan berikutan peletakan jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding di kawasan itu.

Sementara itu, Najib berharap sebarang perubahan dan peralihan kepimpinan di Pakistan berikutan perletakan jawatan Presiden Pervez Musharaf tidak akan menimbulkan ketegangan dan konflik dalaman di negara berkenaan.

“Biarlah rakyat Pakistan melalui sistem politiknya menentukan pucuk pimpinan mereka dan Malaysia berharap proses itu berjalan baik dan teratur.

“Kestabilan dan keamanan negara Pakistan adalah amat penting bukan sahaja untuk rakyat negara itu malahan untuk dunia,” katanya.

Mengenai harga minyak, Najib berharap rakyat akan mendapat berita baik pada pembentangan bajet 2009 ini berikutan harga minyak di pasaran dunia juga sudah turun. “Kita telah mengumumkan pelarasan itu secara bulanan, jadi tunggulah. Kita tunggu dulu dia punya kenyataan,” katanya.— BERNAMA

Add to Google  
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Wanita maut kereta rempuh treler di tepi lebuh raya
• Permohonan qazaf Anwar: Jamil Khir fail bantahan awal
• 6 lelaki baar sekolah setelah gagal curi komputer riba
• Anggota polis bebas 4 tuduhan rasuah enam tahun lalu
• Tiga pelajar sekolah menengah ditahan menyamun
• Wanita mati dalam kebakaran rumah flat di Seremban 2
• Untung separuh pertama Maybank naik kepada RM2.6b
• PAC bincang rasional Prasarana beli bas terpakai RM93j
• Kes penyakit kronik meningkat 10 peratus sejak 14 tahun
• Akta pengajian tinggi negara sedang digubal – Khaled
• Kes pelajar dakwa dipukul guru kerana minyak wangi selesai
• Jadikan kes di Pulau Sebangkat sebagai amaran
• Tumpukan kepada pembangunan Perak - PM
• Edar, milik dadah: Janda muda dihadap ke mahkamah
• Sindiket pelaburan emas: 60 individu dakwa rugi RM25j
• Ambil tindakan pemilik letak kenderaan di bahu jalan
• Lebih 50% belia ikuti program perantis dapat kerja
• Kes liwat Anwar: Saiful Bukhari terima ugutan bunuh
• Zambry berazam meneruskan tugas demi rakyat Perak
• Mulai minggu depan, tambang separuh harga bagi warga emas
• Dr. Mahathir gembira, senang hati kepimpinan Najib
• Tipu orang awam: Ketua PKPM, 2 rakan dihukum penjara
• Permohonan Anwar agar hakim tarik diri didengar esok
• Keputusan mahkamah sesuatu di luar jangkaan - Nizar
• Pelantikan Zambry oleh Sultan Azlan ikut Perlembagaan
• Najib pengerusi Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri Ke-108
• Gempa bumi gegar selatan Mexico
• Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah
• Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh lagi
• Penyokong Nizar buat solat hajat di hadapan mahkamah
• Suasana di hadapan mahkamah kecoh
• Nizar tiba di Istana Kehakiman
• 500 penyokong BN berbaju kuning banjiri Istana Kehakiman
• Polis Pakistan tahan 6 pengebom berani mati
• Tentera Sri Lanka Tahan Fonseka
• 7 mati bas dan SUV berlanggar di China
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN