|
"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.
IKLAN@UTUSAN
|