Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 25/06/2008
Komisen pengusaha stesen minyak dinaikkan

Komisen pengusaha stesen minyak dinaikkan

25/06/2008 6:42pm

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan bersetuju menaikkan kadar komisen jualan pengusaha stesen minyak daripada 9.5 sen kepada 12.19 sen seliter untuk petrol dan 4.5 sen kepada 9 sen seliter bagi diesel berkuat kuasa hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia diluluskan setelah mengambil kira kenaikan kos operasi seperti yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Katanya, kerajaan juga memutuskan masa operasi stesen minyak di seluruh negara diseragamkan dari pukul 6 pagi hingga 11 malam.

``Arahan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai ini dengan mana-mana stesen minyak yang mahu beroperasi 24 jam perlu mendapat kelulusan daripada kementerian.

``Pertimbangan akan diberikan berdasarkan kepada keperluan sesuatu lokasi. Langkah ini untuk membantu pengusaha meringankan beban kos elektrik dan pekerja,'' katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Utusan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN