|
BAGI ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan at-Taubah. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan.
Justeru itu album ‘Surah-surah pilihan ibu mengandung’ terbitan Hijjaz Records Sdn. Bhd. boleh dijadikan sandaran kepada ibu-ibu berkenaan.
Untuk Vol: 1 dalam siri amalan ibu mengandung ini, qari cilik, Adik Muhammad Al-Hafiz mengalunkan bacaan surah al-Fatihah, surah Maryam dan surah Luqman.
Mendengar alunan suaranya yang berlatar belakangkan bunyi air mengalir, ia bukan sahaja mampu memberikan ketenangan malah mendatangkan keberkatan kepada ibu dan anak di dalam kandungan.
Album: SURAH-SURAH PILIHAN IBU MENGANDUNG
Edaran: HIJJAZ RECORDS SDN. BHD.
IKLAN@UTUSAN
|