VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 21/03/2008

Pinjaman kecil atasi masalah kemiskinan

MASALAH kemiskinan di kebanyakan negara, termasuklah Malaysia banyak berpunca daripada cara pengagihan kekayaan negara yang tidak sempurna.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh sistem penyaluran sumber modal yang lebih memihak kepada golongan kaya di mana mereka lebih senang memperoleh pembiayaan atau pinjaman daripada institusi kewangan.

Dalam hal ini, golongan kurang berkemampuan terus terpinggir kerana mereka biasanya berhadapan dengan pelbagai halangan yang dikenakan oleh pihak bank.

Menurut pakar-pakar dalam bidang pembangunan, kaedah pinjaman kecil merupakan satu cara yang terbaik untuk membasmi kemiskinan. Menerusi kaedah ini, golongan miskin dapat memulakan sesuatu usaha yang dapat menjana pendapatan dan seterusnya dapat mengatasi masalah kemiskinan di peringkat akar umbi.

Selain itu, langkah pemberian pinjaman kecil ini juga dapat mengelak golongan ini daripada terus meminta bantuan dan menjadi beban kepada pihak berkuasa mahupun sanak saudara.

Di sini penulis ingin mengetengahkan peranan wakaf tunai (yang juga merupakan satu bentuk saluran pelaksanaan fahaman kemanusiaan dalam ajaran agama Islam) dalam menyediakan kemudahan pinjaman kecil (mikro kredit) tanpa faedah kepada golongan miskin.

Bagi mewujudkan satu kerangka wakaf yang berperanan dalam memberi pinjaman kecil tanpa faedah (qard al-hasan), aset utama wakaf tadi perlu wujud dalam bentuk tunai. Bersandarkan kepada syarat wakaf yang ditetap oleh syarak iaitu aset atau benda yang hendak diwakafkan itu mestilah berkekalan, maka terdapat dua pendekatan boleh diguna pakai bagi memastikan syarat ini dipatuhi.

Cadangan

Pendekatan pertama ialah menerusi pewujudan penjamin kecairan (guarantors of liquidity ) dan penjamin kerugian (guarantors of losses). Kaedah ini diutarakan oleh Dr. Muhammad Anas Zarqa menerusi cadangan beliau yang bertajuk Monetary Waqf for Micro Finance di dalam satu simposium anjuran Harvard Law School pada April tahun lalu.

Menerusi cadangan beliau ini, dana wakaf dikumpulkan menerusi sumbangan oleh para dermawan dan juga qard al-hasan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu di dalam masyarakat. Di sini, Dr. Muhammad Anas menggabungkan pendekatan wakaf dan pendekatan qard al-hasan untuk membentuk dana pinjaman yang bakal diberikan kepada golongan miskin yang berdaya usaha.

Sumbangan penderma adalah dalam bentuk kekal manakala qard al-hasan adalah suatu bentuk pinjaman di mana pemberi pinjam berhak untuk mengeluarkan wang tadi daripada dana wakaf bila masa difikirkan perlu.

Dalam kerangka cadangan ini, penjamin kecairan akan berperanan untuk menyuntik kecairan dalam bentuk pinjaman ke dalam dana. Dalam hal ini, suntikan kecairan tadi tidak akan digunakan untuk disalurkan sebagai pinjaman kepada golongan miskin. Akan tetapi, ia akan digunakan bagi memenuhi keperluan pengeluaran yang mungkin dibuat oleh pemberi qard al-hasan.

Bagi memastikan jumlah dana wakaf tadi tidak berkurangan atau mengalami penyusutan akibat risiko-risiko pinjaman seperti kegagalan peminjam membayar balik, maka penjamin kerugian akan berperanan untuk menampung jumlah yang gagal dibayar balik tadi kepada pengurus wakaf.

Dari segi agihan zakat, mereka yang gagal melunaskan hutang dirujuk sebagai al-gharimin. Jadi mereka berhak menerima agihan zakat bagi membayar balik hutang yang gagal dijelaskan tadi. Justeru, pihak Baitulmal atau Pusat Pungutan Zakat, boleh berperanan untuk bertindak sebagai penjamin kerugian dalam kerangka cadangan ini.

Di sini penulis ingin menambah kepada cadangan dibuat oleh Dr. Muhammad Anas dengan memasukkan kaedah perlindungan pinjaman menerusi perkhidmatan takaful. Dengan kata lain, selain daripada badan zakat, pengendali takaful juga boleh bertindak sebagai penjamin kerugian.

Di Malaysia, para pengendali takaful ada menawarkan produk bertujuan melindungi peminjam daripada gagal membayar balik pinjaman akibat kematian atau keilatan kekal yang dialaminya semasa tempoh pinjaman. Kos untuk menyertai takaful tadi adalah sangat rendah dan ini boleh dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang dibuat.

Usaha untuk memajukan cadangan yang dibuat oleh ahli ekonomi Islam berkenaan keupayaan wakaf tunai bertindak sebagai sumber pinjaman kecil bagi memajukan ekonomi masyarakat miskin adalah terletak di bahu setiap umat Islam yang mempunyai kuasa dan kemampuan.

Mungkin pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, ataupun pihak Majlis Agama Islam negeri, boleh menimbang cadangan yang diutarakan oleh pakar-pakar ekonomi ini. Apa pun kejayaan pelaksanaan cadangan bergantung sepenuhnya kepada cara pengurusan dana wakaf itu sendiri.

Hanya pihak pengurusan yang amanah dan berwibawa dapat memastikan dana tadi diurus dengan penuh rasa tanggungjawab dan pinjaman diberikan kepada mereka yang betul-betul layak.

* PENULIS ialah Fellow Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.