VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 12/03/2008

Khalid angkat sumpah MB Selangor esok

12/03/2008 9:19pm

SHAH ALAM 12 Mac Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, esok.

Abdul Khalid, 62, akan mengangkat sumpah dan melafazkan ikrar taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, pukul 3.30 petang esok.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu, Abdul Khalid memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi.

Ini adalah kali kedua beliau bertanding di kerusi itu, setelah cubaan kali pertama bertanding pada pilihan raya kecil kawasan yang sama April tahun lepas tetapi tewas kepada calon BN, K. Parthiban. Utusan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.