Utusan Online
 
9 Februari 2010 / 24 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 15/02/2008
Pas Pulau Pinang tanding 6 DUN, 2 Parlimen

Pas Pulau Pinang tanding 6 DUN, 2 Parlimen

BUKIT MERTAJAM 14 Feb. - Pas Pulau Pinang akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-12.

Pesuruhjaya Pas negeri, Salleh Man berkata, enam DUN yang bakal ditandingi ialah Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Bayan Lepas manakala Parlimen pula adalah Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Beliau berkata, persetujuan untuk bertanding di kawasan tersebut dibuat selepas mencapai kata sepakat hasil perbincangan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.

''Kesemua kerusi yang dicadangkan itu merupakan kawasan prospek Pas dan kita akan meletakkan calon-calon berwibawa serta berkeupayaan yang boleh berkhidmat untuk semua rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum 2004, Pas bertanding di tujuh kawasan DUN iaitu Penaga, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Sungai Acheh dan Teluk Bahang.

Menurut Salleh, semua jentera parti telah digerakkan bagi memperkasakan gerak kerja yang lebih efisien dan menyeluruh.

Katanya, semua jentera penerangan telah beroperasi secara menyeluruh dengan sasaran memastikan kemenangan Pas selaras dengan manifesto Pas 'Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan Negara Berkebajikan.'

Dalam pada itu, mengulas mengenai laporan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas, beliau memberitahu, Pas negeri amat mengalu-alukannya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN