Utusan Online
 
9 Februari 2010 / 24 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 15/02/2008
Nai Chee mahu pertahan Kota Melaka

Nai Chee mahu pertahan Kota Melaka

MELAKA 15 Feb. - Bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee sedia bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-12 nanti.

Nai Chee, 39, yang berjaya mengalahkan bekas Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock pada pilihan raya umum lalu dan merampas kerusi Parlimen itu selepas 35 tahun dikuasai oleh pembangkang sedia memikul tanggungjawab itu jika diberi mandat.

Menurut beliau, selepas berkhidmat selama empat tahun di kawasan Parlimen tersebut, beliau yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut daripada dirampas semula oleh DAP.

''Saya tidak bercakap mengenai peratusan tetapi saya percaya pengundi di Kota Melaka akan memilih Barisan Nasional (BN).

''Ini kerana banyak pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan mereka juga mula memahami tentang isu-isu lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ditanya mengenai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dan Banda Hilir yang masih dikuasai oleh DAP, Nai Chee berkata, MCA akan meletakkan calon-calon muda di kawasan tersebut.

Katanya, bagi DUN Kota Laksamana, seorang peguam berusia 32 tahun, Lee Kiat Lee dijangka dicalonkan manakala Chock Choon Sin dijangka akan dicalonkan semula di DUN Banda Hilir.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN Kota Laksamana dimenangi oleh Betty Chew Gek Cheng dari DAP yang mengalahkan Lim Eng Teck dengan majoriti 3,642 undi.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN