Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 15/02/2008
Ahli Puteri UMNO Johor turut disenarai

Ahli Puteri UMNO Johor turut disenarai

JOHOR BAHRU 14 Feb. - Beberapa ahli Puteri UMNO Johor telah disenaraikan sebagai calon bagi bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ini.

Ketuanya, Noraslina Zainal Abidin berkata, ia berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh beberapa bahagian UMNO yang bermesyuarat semalam.

"Saya difahamkan memang ada satu atau dua nama Puteri yang telah disenaraikan oleh bahagian masing-masing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan nama mereka yang terbabit kerana pengumuman mengenainya akan dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada hari penamaan calon kelak.

Noraslina melahirkan penghargaan kepada bahagian yang telah menyenaraikan ahli Puteri sebagai calon mereka kali ini, yang disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap pergerakan tersebut.

"Namun, keputusan muktamad terserah kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

Mengenai kedudukannya sendiri, Noraslina berkata, sehingga kini UMNO Bahagian Sembrong masih belum mengadakan mesyuarat untuk menyenaraikan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Saya menyerahkan kepada bahagian yang diketuai Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menentukannya," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN