VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 21/11/2007

Pingat PGB kepada Allahyarham Mohd. Fakaruddin

KUALA LUMPUR, 20 Nov. – Konstabel Mohd. Fakaruddin Zakaria yang mati ditikam ketika cuba menangkap seorang penjenayah tahun lepas, dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istiadat di Istana Negara hari ini.

Bapanya Zakaria Awang menerima anugerah itu bagi Mohd Fakaruddin dalam suasana yang mengharukan sambil disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan para hadirin.

Anugerah itu adalah sebahagian daripada 209 darjah kebesaran, bintang dan pingat yang disampaikan hari ini sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun lepas.

Pingat Panglima Gagah Berani adalah pingat keberanian kedua tertinggi selepas pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dikurniakan kepada anggota pasukan keselamatan yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa bagi menghadapi musuh.

Pada 2 pagi 9 September tahun lepas, Mohd Fakaruddin, 24, dari Balai Polis Semenyih, yang sedang melakukan rondaan bermotosikal bersama Lans Koperal Minhat Wahit, cuba memberkas seorang penjenayah dan dalam pergelutan, dia ditikam di dada diri, dan meninggal dunia di hospital pada hari yang sama.

Zakaria ketika ditemui berharap kecekalan dan dedikasi Allahyarham anaknya itu dalam menjalankan tugas perlulah menjadi ikutan anggota polis lain.

Menurutnya Mohd. Fakaruddin sangat komited kepada kerjayanya yang memang menjadi idamannya sejak kecil.

“Sejak umur tiga tahun lagi anak saya bercita-cita untuk menjadi polis.

Hari ini menjadi bukti bahawa pengorbanan anak saya masih dikenang dan saya sangat bersyukur.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.