Utusan Online
 
9 Februari 2010 / 24 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
SUKAN

ARKIB : 24/05/2007
Federer, Sampras di Kuala Lumpur

Federer, Sampras di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia Roger Federer akan menentang Pete Sampras dalam satu perlawanan pertunjukan di Kuala Lumpur pada November untuk meraikan Hari Kebangsaan ke-50, menurut penganjurnya semalam.

Bintang dari Switzerland, Federer, yang kini mengumpul 10 kejuaraan acara Grand Slam iaitu kurang empat daripada jumlah yang dimenangi oleh Sampras, akan menentang pemain berusia 35 tahun dari Amerika Syarikat itu dalam perlawanan yang digelar ‘Pertembungan Dua Zaman’.

“Saya memegang rekod selaku pemenang terbanyak Grand Slam tetapi saya yakin bahawa Roger akan memecahkan rekod saya satu hari nanti,” kata Sampras dalam satu kenyataan.

“Kami bermain dalam satu perlawanan ketika saya masih bertenaga untuk memberikan saingan adalah cukup istimewa.

“Mengadakan perlawanan ini di Asia cukup bagus untuk tenis,” katanya.

Federer dan Sampras hanya pernah bertemu sekali dalam di mana pemain dari Switzerland itu menang perlawanan lima set pada pusingan keempat di Wimbledon pada 2001 untuk menamatkan kemaraan pemain Amerika itu yang sebelumnya telah menang 31 perlawanan tanpa kalah di All England Club.

“Dapat bermain menentang Pete ialah impian jadi nyata,” kata Federer dalam kenyataannya.

“Saya sungguh teruja untuk menentang Pete dan saya sungguh tidak sabar hendak melawat Malaysia buat kali pertama,” katanya.

Perlawanan pertunjukan pada 22 November itu ialah sebahagian daripada Cabaran Tenis Merdeka yang termasuk Kejohanan Terbuka Malaysia dan satu kejohanan bertaraf kedua iaitu Jelajah Pencabar.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN