|
SEBAGAI umat Islam, saya merasa amat terhina dan teramat sedih di atas kenyataan aktres Rosnah Mat Aris yang menyentuh isu sensitif berkaitan status usia isteri Nabi Muhamad s.a.w., Siti Khadijah ketika menjawab soalan dalam program bual bicara, Sensasi terbitan TV3.
Saya berharap sesiapa yang ingin memberi kenyataan atau perumpamaan, janganlah bandingkan dengan Rasulullah atau sebagainya. Kalau nak diikutkan emosi saya, hanya perkataan yang amat ‘hina’ yang akan saya lontarkan kepada beliau. Itupun masih tidak mencukupi atau setimpal atas kenyataan ‘biadap’ beliau sebagai seorang Islam.
Cukuplah setakat ini, lebih banyak yang saya tulis, lagi banyak perkataan yang tidak elok dibaca nanti.
– AZMAN ZAKARIA,
Semenyih, Selangor.
IKLAN@UTUSAN
|