|
ARKIB : 17/09/2006 Cuti 16 September perlu ke KabinetKOTA KINABALU 16 Sept. – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Sabah dan Sarawak perlu mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk menjadikan 16 September sebagai cuti umum di seluruh negara sebagai merayakan hari penubuhan Malaysia. Katanya, pengisytiharan itu penting kerana pada tarikh itu, dua buah negeri itu bersama Singapura menyertai Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. “Saya percaya sekiranya perkara ini dibawa ke Kabinet, ia akan dipertimbangkan memandangkan tarikh itu merupakan sesuatu yang bersejarah bagi negara kita khususnya Sabah dan Sarawak yang bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. “Saya bersedia untuk mengemukakan perkara ini ke pengetahuan Kabinet sebagai wakil kepada dua buah negeri ini sekiranya pihak di sini mempunyai usul mengenainya,” katanya kepada Mingguan Malaysia selepas melakukan tinjauan persiapan terakhir Acara Penutup Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-49 di Stadium Likas, di sini hari ini. Katanya, tarikh itu bukan sehaja menjadi detik bersejarah kepada kedua buah negeri itu tetapi juga penting kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini. Rais memberitahu, perkara itu tidak timbul sebelum ini kerana ia tidak pernah disuarakan oleh mana-mana ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dari kedua-dua negeri tersebut. “Saya faham ada yang terkilan tarikh 16 September itu tidak dirayakan dan juga tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, sebabnya ia merupakan tarikh bersejarah khususnya bagi Sabah dan Sarawak yang mencapai kemerdekaan pada tarikh itu,” katanya. TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
MBE tidak ketepikan DEB
Indonesia: Nasihat perjalanan hanya jika keadaan makin buruk Iraq perlu penyelesaian politik dalaman apabila AS berundur - PM PM terima kad kemerdekaan 8 Sept. tarikh lihat anak bulan Syawal Ismail anggap jawatan KPN berat Sudah masanya saya berundur - Musa Hassan Kaki ponteng puasa dilindungi Akaun Facebook 'Melayu Babi': GPMS buat laporan polis Azizan kecewa kerajaan tidak tegas tangani isu Namewee PCRS rayu bantuan antarabangsa Dato'-Dato' Lembaga Luak Jempol beri sumbangan Ops Sikap Ke-22 sempena Aidilfitri bermula esok Anggota misi tetap sambut kemerdekaan Sultan Selangor dapat maklumat salah Rumah daif dibaik pulih - Rosmah Sultan tak terima maklumat salah - Khusrin Sekolah Harapan ditangguh MAIWP kemukakan bantahan awal Pamer logo halal tapi jual arak Negara mampu realisasikan Wawasan 2020 Jelajah Yadim daftar 7,000 ahli
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|