|
KEMENTERIAN Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) sentiasa prihatin terhadap nasib para karyawan terutamanya artis veteran yang banyak menyumbang jasa ke arah menyuburkan perkembangan seni dan budaya tempatan.
Justeru, kementerian tersebut tidak lupa menghargai dan meraikan golongan tersebut apatah lagi ketika tibanya bulan Ramadan yang mulia ini.
Selasa lalu, KeKKWa sempat menganjurkan majlis berbuka puasa di Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur bagi meraikan hampir 500 karyawan tanah air terutamanya artis veteran.
Pada majlis itu, 20 karyawan veteran terdiri daripada pelakon, penggiat teater, pelukis, pemuzik, penyanyi dan penulis lirik dipilih menerima sumbangan wang tunai RM1,000 tiap seorang.
Antara yang menerima sumbangan itu ialah Latiff Borgiba, Samsudin Lamin, Karim Latif, Yahya Sulong, Saring Sirat, Mariani, Rosiah Chik, Ruminah Sedik, Yusni Jaafar, Rohani B dan Hamzah Hussein.
Sumbangan itu disampaikan oleh menterinya, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Masnah Rais.
IKLAN@UTUSAN
|