Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/09/2005
Jadikan al-Quran perlembagaan hidup - TPM

Jadikan al-Quran perlembagaan hidup - TPM

JOHOR BAHRU 11 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam menjadikan al-Quran sebagai `perlembagaan hidup' sekiranya mahu melihat kebangkitan semula zaman kegemilangan Islam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana kitab suci itu adalah teras bagi umat Islam.

``Peranan al-Quran ini penting difahami oleh setiap umat Islam bagi memastikan terbinanya generasi al-Quran yang mantap,'' katanya ketika menutup Tilawah al-Quran dan Pertandingan Nasyid Pergerakan Wanita UMNO di Stadium Tertutup Bandaraya, di sini malam ini.

Katanya, kewujudan generasi al-Quran pada zaman Rasullullah memungkinkan umat Islam mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang sehingga menjadi empayar terbesar dan terkuat.

Pada zaman itu, katanya, generasi al-Quran hidup dibayangi ajaran dan pedoman daripada kitab suci itu.

``Mereka menjadikan al-Quran sumber inspirasi dan citra kehidupan sama ada sebagai pendidik, pendakwah, pemimpin, pedagang, pujangga, pelayar atau pekerja,'' ujarnya.

Tegasnya, konsep dan pendekatan generasi al-Quran itu menjadi intipati pendekatan Islam Hadhari di negara ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN