|
PENDANG 16 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima permohonan 56 ahli Pas bahagian Pendang yang mengisytiharkan diri keluar parti itu untuk memasuki UMNO.
Borang permohonan tersebut diterima oleh Timbalan Perdana Menteri pada majlis peletakan batu asas kompleks pejabat daerah dan tanah Pendang yang diadakan di sini.
Wakil kumpulan berkenaan, Khairul Rizal Kassim, 31, berkata, mereka mengambil keputusan tersebut berikutan Pas tidak mampu melaksanakan sebarang pembangunan untuk masa depan mereka.
``Kami tidak lagi yakin dengan Pas kerana parti ini gagal membangunkan masyarakat terutamanya di kampung-kampung,'' katanya.
Khairul yang sejak 10 tahun lalu bergiat aktif sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pas Cawangan Taman Delima, menjelaskan, dia memilih UMNO kerana percaya hanya parti itu sahaja dapat mengubah nasib orang Melayu.
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|