VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/12/2001

LHDN keluarkan jadual Potongan Cukai Berjadual baru

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan jadual Potongan Cukai Berjadual (PCB) baru yang akan berkuat kuasa pada tahun depan bagi semua saraan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja-pekerja.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Mazlan Wan Chik, majikan boleh memperoleh jadual PCB baru di Pejabat LHDN yang terdapat fail majikan.

``Selain itu, majikan boleh mengambilnya melalui wakil yang hadir bersama surat kebenaran dan jadual ini juga boleh didapati dengan melayari laman web LHDN iaitu www.hasilnet.org.my.,'' katanya.

Majikan, dinasihatkan supaya membuat potongan cukai dari saraan pekerja mereka pada setiap bulan mengikut jadual dan meremitkan amaun tersebut kepada LHDN pada atau sebelum 10 hari bulan berikutnya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, majikan di Semenanjung Malaysia yang membayar PCB menggunakan disket turut boleh meremitkan bayaran ke Cawangan Pungutan LHDN Jalan Duta, di sini atau mana-mana cawangan Bank Bumiputra Commerce yang terpilih.

Sementara itu, majikan yang tidak menggunakan cara tersebut untuk membuat bayaran dikehendaki meremitkan bayaran ke cawangan-cawangan pungutan LHDN masing-masing di Jalan Duta, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bayaran tersebut, kata Mazlan, hendaklah dibuat bersama dengan penyata potongan cukai asal (CP 39 Pin. 1/01).

Menurutnya, di bawah jadual baru itu, jumlah minimum bagi saraan bulanan pekerja yang layak dikenakan PCB setelah ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah RM2,551 berbanding tahap lama iaitu RM2,301.

``Jadual baru ini turut memberi kebenaran kepada majikan untuk memantau pembayaran zakat secara potongan bulanan tanpa memohon kebenaran daripada LHDN berikutan potongan zakat diambil kira selepas menentukan jumlah PCB,'' katanya.

Jumlah cukai, tambahnya, jika masih lebih setelah ditolak potongan zakat hendaklah diremitkan kepada LHDN.

Bagaimanapun, jelas beliau, jika potongan zakat itu melebihi daripada jumlah potongan cukai, majikan boleh membawa lebihan cukai tersebut ke bulan-bulan hadapan dalam tahun yang sama untuk ditolak dari jumlah cukai.

Tetapi, katanya, lebihan potongan zakat pada tahun ini tidak boleh pula dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari cukai tahun hadapan.

``Sementara itu PCB bagi seseorang pekerja yang tidak bermastautin atau tidak dapat dipastikan taraf pemastautin di Malaysia ialah pada kadar 28 peratus daripada saraannya,'' katanya.

Beliau mengingatkan, kegagalan majikan mematuhi PCB merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 dan boleh menyebabkan mereka dikenakan denda RM1,000 atau penjara selama enam bulan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.