PENULIS buku, Mustafar A.R menunjukkan buku Filem-Filem P.Ramlee yang dihasilkan beliau pada majlis Hari Memperingati Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, 22 Mac. - Utusan/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
EXCO Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman (dua dari kanan) dan ADUN Tambun, Datuk Rosnah Kassim (kiri) usik-mengusik ketika mereka hadir melawat bayi yang ditemui di tempat buangan sampah yang diberi nama Mahsya Kurnia di Hospital Tenku Bainun, Ipoh 22 Mac. - Utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR
SHAHRUL Nizam Mohd Shah diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, 22 Mac setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, enam tahun lalu. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memalu rebana sebagai menandakan perasmian Persidangan Antarabangsa Buku Kanak-Kanak 2010 yang berlangsung dari 19 Mac hingga 28 Mac, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 22 Mac - Bernama
PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia sebanyak 6.30 sen seunit, di Kuala Lumpur, 22 Mac - Utusan/ZULHAFIZ HANAFIAH
KETUA Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim (dua dari kanan) bersama ahli-ahli pergerakan itu menunjukan salinan laporan polis yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar, 22 Mac. - Utusan
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil (tengah) sedih melihat wajah bayi yang dibuang di Ipoh, yang dimuatkan di muka hadapan Utusan Malaysia, di lobi Parlimen, 22 Mac. - Utusan/NOORADZRENE MOHD NOOR
KERETA Toyota Avanza yang dinaiki tiga wanita tersangkut pada tembok perangkap sampah Sungai Batu selepas terbabas dari MRR II, berhampiran Batu Caves, sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut, 21 Mac. Ketiga-tiga mangsa terselamat. - Utusan