Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






RENCANA

Sehari sebuah buku

Sehari sebuah buku

BUKU ini menjawab dilema para penulis dan pensyarah yang menghadapi kesukaran menerbitkan buku mereka melalui penerbit komersial sedia adalah de- ngan menerbit buku sendiri.

Satu-satunya naskhah ber- cetak tempatan yang secara sengaja tidak dipamerkan di kedai-kedai melainkan hanya melalui edaran di internet. Buku ini membincangkan secara lengkap dari proses menulis, memilih reka bentuk dan grafik, menentukan harga, mencetak sehinggalah promosi dan pemasaran buku.

Adunan pengalaman menerbitkan 250 judul buku sepanjang enam tahun termasuklah buku terlaris nasional serta di Indonesia iaitu Rahsia Bisnes Orang Cina karangan Ann Wan Seng yang dibaca hampir 70,000 orang, menjadikan penulis berautoriti mengetengahkan kaedah praktikal kepada orang ramai.

Judul: Buat Duit dengan Terbit

Sendiri Buku

Penulis: Nazrul Samsudin

Penerbit: MNS Infobiz Consultancy

ISBN: 978-983-43927-0-3

– ZAMRI MOHAMAD

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN