Utusan Online
 
9 Februari 2010 / 24 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






POLITIK

'Saya tidak pernah sebut bertanding jawatan lebih tinggi'

'Saya tidak pernah sebut bertanding jawatan lebih tinggi'

KUALA LUMPUR 11 Mei - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut sebagai telah bersedia untuk bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Disember ini.

Sebaliknya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan sekarang masih belum masanya untuk beliau mengumumkan jawatan yang akan ditandinginya memandangkan pemilihan parti masih jauh lagi.

"Saya tidak pun sebut macam itu. Lagipun belum masanya (untuk diumumkan kedudukannya), pemilihan masih jauh lagi,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-62 di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Muhyiddin telah memberi petunjuk yang jelas mengenai kesediaannya bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung Disember ini.

Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata yang beliau menerima maklum balas ramai pihak yang menyarankan agar bertanding jawatan yang lebih tinggi setelah berkhidmat sebagai Naib Presiden selama tiga penggal.

Pada pemilihan parti yang lalu, Muhyiddin yang mempertahankan jawatan tersebut mendapat undi ketiga tertinggi selepas Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, apa yang penting kini adalah untuk semua pihak menumpukan perhatian kepada usaha menguatkan parti.

Namun, apabila diajukan soalan berhubung banyak sokongan kepada beliau untuk bertanding jawatan tertinggi parti, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata: ''Itu terpulanglah kepada mereka. Sekarang tumpu parti.''

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN