Utusan Online
 
9 Februari 2010 / 24 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






POLITIK

Pemuda tidak merajuk - Hishammuddin

Pemuda tidak merajuk - Hishammuddin

PERMATANG PAUH 28 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak berasa kecewa apabila ada calon-calon daripada pergerakan itu digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya di saat-saat akhir menjelang hari penamaan calon 24 Februari lalu.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun berasa sedikit terkilan atas perkembangan itu tetapi ia tidak mematahkan semangat pergerakan berkenaan untuk berjuang memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

''Ini bukan pengakhirnya, kita ada banyak masa lagi untuk menyedia dan memperlengkapkan barisan pemimpin pelapis pada masa depan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, Pemuda menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi UMNO dalam memutuskan siapa yang berhak dan layak bertanding dalam pilihan raya.

''Tiada istilah merajuk pada Pemuda dan saya telah memberi amaran kepada Ketua Pemuda negeri supaya calon yang tidak terpilih jangan sesekali merajuk atau memboikot kerja-kerja pilihan raya.

''Jika ada laporan yang mengatakan mereka berbuat demikian, percayalah pada 9 Mac nanti saya akan memecat mereka daripada Pemuda,'' tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, Pemuda UMNO masih boleh bersyukur kerana ramai calon daripada sayap parti itu telah diberi peluang untuk bertanding berbanding pada pilihan raya umum 2004.

Katanya, dengan masa yang ada, pihaknya akan mempersiapkan calon-calon berwibawa bagi diketengahkan pada pilihan raya akan datang.

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN