Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita






MUKA HADAPAN

Singapura bukan ‘negara biasa’ seperti Malaysia – Kuan Yew

Singapura bukan ‘negara biasa’ seperti Malaysia – Kuan Yew

SINGAPURA 23 April - Menteri Mentor Lee Kuan Yew menyifatkan Singapura sebagai sebuah negara ‘yang amat istimewa’ dan bukan ‘negara biasa’ seperti Malaysia.

‘‘Kesilapan besar yang boleh dilakukan oleh mana-mana rakyat Singapura adalah mempercayai bahawa Singapura ialah sebuah negara biasa dan bersikap seperti negara biasa seperti Malaysia, seperti Indonesia, seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Australia, New Zealand, Denmark...,’’ kata beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Straits Times.

Menurut beliau, republik itu memerlukan satu ‘kerajaan bergred tinggi’, jikalau tidak negara itu hanya akan menjadi sebuah pulau yang tidak bermakna.

Beliau berkata, negara itu tidak ada apa-apa sekiranya Singapura kehilangan sebuah kerajaan berkeupayaan, berintegriti yang sentiasa melihat dan merancang jauh ke hadapan.

Jika itu berlaku, kata beliau, kepimpinan yang ada akan hilang dan Singapura tidak mungkin dapat dipulihkan kerana tidak mempunyai sesiapa yang berkebolehan.

‘‘Katakanlah PAP (Parti Tindakan Rakyat) karam esok, satu kapal akan tenggelam, 3,000 orang mati. Kamu ada pilihan raya. Adakah kamu akan mengembalikan kerajaan yang sama? Tidak,’’ katanya pada sesi dialog dengan Pemuda PAP, sayap parti pemerintah itu.

Lee, 83, juga mempertahankan tindakan kerajaan baru-baru ini yang menaikkan gaji para menteri Kabinetnya dari S$1.2 juta kepada S$1.6 juta setahun.

‘‘Masalah yang kita hadapi sekarang ialah bagaimana hendak menarik lebih banyak pemimpin berbakat, bagaimana hendak mencari dan memujuk yang terbaik ini ke Parlimen.

Berhubung isu nepotisme, Lee, yang anak sulungnya, Hsien Loong merupakan Perdana Menteri, berkata, beliau mengetahui anaknya mempunyai bakat istimewa sejak kecil.

‘‘Mereka selalu menyatakan, ‘Oh, dinasti nepotisme’. Tidak. Saya tidak membentuk Singapura untuk dimusnahkan oleh anak saya,’’ tegas beliau.

– Bernama

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN


Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:50
Maghrib 7:29
Isyak 8:40
 

BANCIAN

IKLAN Teks

IKLAN@UTUSAN