VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 07/03/2013

Yayasan bantu pelajar India ditubuh

IPOH 6 Mac - Kerajaan negeri akan menubuhkan Yayasan Pembangunan Pendidikan Masyarakat India Perak yang akan mengumpul dana bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan serta membela kebajikan pelajar-pelajar miskin kaum India di negeri ini.

Buat permulaan, kerajaan negeri memperuntukkan tanah seluas 800 hektar untuk dibangunkan Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad (NLFCS) dengan tanaman kelapa sawit dengan keuntungan hasil perniagaan itu disalurkan kepada yayasan tersebut.

Penubuhan yayasan berkenaan menjadikan Perak sebagai negeri pertama mewujudkan inisiatif seumpama itu bagi membantu memperkasakan pendidikan kaum India.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, yayasan berkenaan akan diwakili golongan berkepentingan pendidikan termasuk tokoh pendidik serta pengurusan lembaga sekolah di negeri ini.

"Mereka yang mewakili yayasan ini adalah golongan yang cukup rapat dalam soal pembangunan pendidikan. Begitu juga dengan status NFLCS yang dekat dengan masyarakat India dan kita berbesar hati kerana mereka sedia membantu membangunkan tanah ini.

"Pulangan daripada pembangunan tanah ini akan disalurkan kepada tabung yang diwujudkan yayasan untuk kita bantu sekolah yang memerlukan selain membela nasib pelajar-pelajar kaum India yang miskin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Komitmen kerajaan negeri menubuhkan yayasan tersebut menutup segala spekulasi termasuk tindakan pemimpin pembangkang yang melemparkan tohmahan kononnya tanah berkenaan akan diserah dan diuruskan oleh parti politik.

Zambry berkata, pihaknya kesal kerana ada pihak cuba mempolitikkan soal pendidikan sedangkan yayasan tersebut ditubuhkan atas niat membantu kaum India.

Malah, tambah beliau, NLFCS tidak meletakkan motif keuntungan dalam usaha membangunkan tanah berkenaan.

"Ada juga persoalkan kenapa pemberian tanah itu lewat diberikan sedangkan kita sudah jelaskan berkali-kali mengenainya. Kita perlu cari kawasan yang benar-benar sesuai dan perlu mencari pihak yang boleh diberi kepercayaan membangunkannya.

"Selepas berbincang dengan pelbagai pihak dan mengambil kira pandangan masyarakat India, kita memberi tanggungjawab kepada NLFCS untuk membangunkan tanah ini dan mereka komited melakukannya tanpa mementingkan soal keuntungan," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.