VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 25/02/2013

Sri Tanjung Kuala juara dikir barat

KOTA BHARU 24 Feb. - Kumpulan Sri Tanjung Kuala, Pantai Sabak, Pengkalan Chepa muncul johan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan yang berlangsung di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan di Tanjung Chat, di sini malam tadi.

Dalam pertandingan itu, Sri Tanjung Kuala menewaskan wakil Tumpat, Sri Istana dan selaku juara, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM40,000, piala dan sijil manakala naib johan menerima RM30,000, piala serta sijil.

Kumpulan Sri Tanjung Kuala turut memenangi juara terbaik menerusi Ramle Mat atau lebih dikenali sebagai Ramli Raja Laut dan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala serta sijil.

Sementara itu, tukang karut terbaik dimenangi oleh Azahar Yaacob dari Kumpulan Sri Istana.

Kedua-dua pasukan diberi tema 'Wang' pada pusingan pertama manakala bagi pusingan kedua pula bertajuk 'Kahwin Awal Lebih Baik Daripada Kahwin Lewat' dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 itu.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rodhiah Omar.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail; Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Pengarah Penyiaran Kelantan, Datuk Sayuti Mokhtar.

Sementara itu, wakil Kumpulan Sri Tanjung Kuala, Mohd. Fadil Mohd. Noor, melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kejayaan kumpulannya kerana menyifatkan lawan mereka, Kumpulan Sri Istana merupakan pasukan yang cukup digeruni.

Kejayaan mengalahkan 45 pasukan lain tersebut katanya, berkat usaha kesungguhan ahli-ahli pasukannya berlatih selama dua minggu.

"Saya sangat gembira dan tidak menyangka sama sekali dapat memenangi pertandingan ini kerana pertarungan cukup sengit.

"Kami hanya sempat berlatih selama dua minggu sebelum tibanya hari kemuncak dan nampaknya usaha kami selama ini membuahkan hasil," katanya yang mula menceburi bidang seni tersebut sejak di bangku sekolah lagi.

Pertandingan dikir barat yang diadakan untuk melahirkan bakat baharu bagi mempopularkan warisan bangsa agar terus segar dalam kalangan generasi muda tersebut turut diserikan dengan persembahan artis Haziq dan Rahmat Mega.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.