VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 04/11/2013

'Saya macam dalam mimpi'

MOHD. Azamuddin Akil meraikan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia bersama penyokong skuad Tok Gajah di Stadium Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM - Tiada sebarang perkataan yang dapat dizahirkan oleh pemain terbaik perlawanan akhir, Mohd. Azamuddin Akil selain menganggap ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila dapat membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia tahun ini.

Sepanjang bergelar pemain Pahang, anak watan Kuala Lipis ini tidak menyangka aksi pertamanya dalam perlawanan akhir membawa tuah bagi menghadiahkan kejayaan bermakna kepada Tok Gajah.

''Saya tidak tahu hendak cakap apa, sepanjang lapan tahun saya bermain bola sepak bersama Pahang, inilah kejayaan paling manis saya pernah kecapi.

''Macam mimpi menjadi kenyataan dan saya semalam tidak boleh tidur malam memikirkan perlawanan akhir ini, saya benar-benar rasa gembira kerana kami telah menang.

''Paling membanggakan, ini adalah hadiah paling bermakna kepada Pahang dan hadiah ini saya tujukan kepada seluruh penyokong Pahang yang sentiasa tidak berbelah bahagi memberikan sokongan," katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex menjadi perancang utama kepada gol kemenangan Pahang yang dijaringkan oleh penyerang import dari Argentina, Matias Conti pada minit ke-58.

Dalam masa sama, Alex membayangkan akan terus berbakti kepada Pahang dan masih belum puas dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia.

''Kontrak saya memang berakhir pada November ini dan masih belum bincang mengenai kontrak bersama Pahang untuk musim depan.

''Memang saya ada terima banyak tawaran dari pasukan lain dan saya akan perhalusi banyak perkara sebelum membuat keputusan.

''Cuma hati saya berat mengatakan mahu kekal lagi bersama Pahang dan ingin terus berbakti kepada negeri kelahiran saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.